Monday, June 20, 2011

MASB113: Soalan Ujian 2

2. Beri makna 'negara-bangsa' mengikut pengertian anda. Nyatakan bilakah idea 'negara-bangsa' mula wujud dalam pemikiran orang Melayu di Tanah Melayu berdasarkan peristiwa Malayan Union.

4 comments:

Anonymous said...

AFIQ BIN ABD RAHIM
SW087034
MALAYSIAN STUDIES
MASB113

Soalan 2, Tajuk 1: Sejarah dan Politik.

Beri makna 'negara-bangsa' mengikut pengertian anda. Nyatakan bilakah idea 'negara-bangsa' mula wujud dalam pemikiran orang Melayu di Tanah Melayu berdasarkan peristiwa Malayan Union.

Menurut Wikipedia versi Bahasa Melayu ‘Negara-Bangsa’ bermaksud satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya
Pada pengertian saya secara peribadi, ‘Negara-Bangsa’ dari segi istilah ialah semangat kenegaraan atau nasionalisme. Dari segi istilah pula bermaksud satu satu semangat nasionalisme atau perkongsian nilai serta semangat patriotism dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak kira bangsa, agama atau keturunan, serta rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa tersebut.
Berkenaan penubuhan Malayan Union, bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini mengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Penubuhan Malayan Union telah menjadi titik tolak bagi penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Melalui idea British yang pada mulanya adalah untuk kepentingan mereka elah bertukar menjadi satu batu loncatan bagi penduduk Tanah Melayu. Secara amnya, idea 'negara-bangsa' telah mula wujud dalam pemikiran orang Melayu di Tanah Melayu berdasarkan peristiwa Malayan Union.


Rujukan.
Internet:
http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union
http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa
http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-3/bab-2-malayan-union-dan-persekutuan-tanah-melayu/

kaze said...

MUHAMMAD NUR ZAFIFI ALIFF BIN KAMARUDDIN
IS086923
MALAYSIAN STUDIES I
MASB113

sOALAN 2

Beri makna 'negara-bangsa' mengikut pengertian anda. Nyatakan bilakah
idea 'negara-bangsa' mula wujud dalam pemikiran orang Melayu di
Tanah Melayu berdasarkan peristiwa Malayan Union.


Mengikut pengertian saya,negara bangsa didefinisikan sebagai negara yang berdaulat
yang didiami oleh satu bangsa.Dalam sesebuah negara bangsa,semua orang boleh dikatakan
menjadi satu bangsa,dan dengan itu,berkongsi nilai-nilai dan kesetiaan asas yang
tertentu.Kewujudan satu-satu bangsa itu ditakrifkan secara berbeza di negara yang
berbeza dan selalunya bermakna mempunyai bahasa yang sama,juga bermakna mempunyai agama
yang sama.Bangsa dikatakan mempunyai pertalian sejarah,yang biasanya didakwa,wujud sebelum
kewujudan struktur negara.Kebanyakannya,walaupun bukan semula,merupakan mitologi.Dan,
hampir tiada negara yang benar-benar mempunyai negara bangsa yang tulen, walaupun beberapa
negara mengakuinya.

Idea negara bangsa mula wujud sejak Revolusi abad 18 dan 19 spt R Inggeris, R Perancis
Idea-idea yang muncul adalah seperti hak rakyat, kerajaan berpelembagaan dan negara bangsa moden.
Ianya mengubah sistem politik dari bersifat keagamaan ke idea negara bangsa melalui nasionalisme.
Prinsip deklarasi 14 perkar Woiodrow Wilson telah mewujudkan 7 negara bangsa baru seperti Poland,
Finland selepas perang dunia pertama.Malaysia terbentuk melalui perbincangan dan pakatan murni tiga bangsa.

Md Nuredlee said...

Mohd Nuredlee Bin Mohd Kamal Ghazalee
ME084124
Section 2
2. Beri makna 'negara-bangsa' mengikut pengertian anda. Nyatakan bilakah idea 'negara-bangsa' mula wujud dalam pemikiran orang Melayu di Tanah Melayu berdasarkan peristiwa Malayan Union.

“Negara-bangsa” merupakan satu ideologi yang telah diguna pakai kebanyakkan Negara di dunia sekarang. Istilah Negara-bangsa merupakan gabungan 2 perkataan iaitu Negara yang bermaksud sebuah entiti atau suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut[1]. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain[1]. Manakala bangsa pula bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan[2]. Maksud Negara-bangsa mengikut Kamus Dewan Pustaka dan Bahasa edisi ke-4 pula adalah negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa[3].
Dari perspektif saya pula, ‘Negara-bangsa’ adalah suatu pendekatan untuk menyatukan keseluruhan rakyat dalam sesebuah Negara. Ianya adalah sangat penting dalam mewujudkan sebuah Negara yang aman. Dengan pendekatkan ini, jurang persefahaman antara rakyat dapat di rapatkan sekaligus dapat dilupuskan perbezaan sesama rakyat dalam minda masyarakat sesebuah Negara.
Sebagai contoh di Malaysia, pendekatan mewujudkan Negara-bangsa telah lama di war-warkan oleh pemimpin kita. Negara Malaysia terdiri dari 3 bangsa utama dan pelbagai bangsa minoriti, maka dengan mewujudkan pendekatan ini dapat merapatkan jurang persefahama antara kaum dan dapat menperjuangkan kepentingan bersama. Antara kesan perbezaan persefahaman antara kaum adalah sejarah berdarah 13 Mei 1969 dimana pergaduhan kaum berlaku atas sebab berlaku salah faham antar parti politik. Pada masa kini juga masih wujud jurang persefahaman antara parti politik yang mentadbir kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Seharusnya, apabila menghadapi sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan bersama, seluruh rakyat perlu bersatu untuk menyelesaikan permasalahan tersebut tanpa mengira kepentingan masing-masing.
Berdasarkan peristiwa Malayan Union, idea mewujudkan Negara-bangsa wujud setelah pihak British memperkenalkan pendekatan Prinsip Jus Soli; Jus Soli merupaka satu kaedah untuk pihak British menyelesaikan permasalahan imigran dalam gagasan Malayan Union[4]. Antara pendekatan Prinsip Jus Soli dalam gagasan Malayan Union adalah sesiapa yang berumur dibawah 18tahun yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura diberi kerakyatan. Kelonggaran pemberian kerakyatan ini telah menyuntik semangat orang Melayu untuk memperjuangkan hak-hak mereka sebagai orang asal Tanah Melayu dan berjuang menuntut kemerdekaan.
Di dalam proses kemerdekaan, antara syarat yang telah ditetapkan oleh pihak British adalah, mereka ingin melihat persefahaman antara kaum-kaum utama yang telah menjadi sebahagian dari penduduk Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India. Atas sebab syarat ini dikenakan, para pemimpin ketika itu mewujudkan perikatan antara parti-parti politik yang mewakili kaum masing-masing. Pendekatan ini juga mirip kepada satu langkah untuk mewujudkan Negara-bangsa dimana mereka tidak memperjuangkan hak-hak mereka tetapi memperjuangkan hak bersama sebagai satu unit yang besar.
Pendekatan memperkenalkan Negara-bangsa oleh para pemimpin dan para pejuang Negara adalah satu tindakkan murni yang perlu dijayakan oleh seluruh masyarakat secara amnya. Pihak kerajaan bersama-sama rakyat perlulah lebih peka dalam menghadapi segalan rintangan dan cabaran-cabaran baru dalam menjayakan niat murni ini. Dengan wujudnya Negara-bangsa iaitu bangsa Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia boleh berbangsa dan duduk sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia ini.


[1] http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara
[2] http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangsa
[3] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=negara-bangsa
[4] http://ms.wikipedia.org/wiki/Jus_soli

mHas said...

Muhamad Hasbullah Ariffin
Ep085465
Latihan 2:
Beri makna 'negara-bangsa' mengikut pengertian anda. Nyatakan bilakah idea 'negara-bangsa' mula wujud dalam pemikiran orang Melayu di Tanah Melayu berdasarkan peristiwa Malayan Union.
Pada pandangan saya, negara bermaksud sebuah kerajaan yang tertubuh dengan mengambil kira faktor politik setempat. Bangsa pu la bermaksud satu bentuk etnik yang wujud dengan budaya dan cara hidup yang sama. Jadi perkataan ‘ negara bangsa’ membawa maksud yang amat meluas maknanya iaitu satu bentuk kenegaraan yang terbentuk dengan memperoleh kedaulatan ataupun pengesahan politik dengan mengambil kira keseragaman dan bahasa serta budaya yang ditunjukkan daripada kaum ataupun etnik yang menetap di wilayah berkenaan. Malaysia juga boleh dikira sebagai negara bangsa kerana walaupun terdiri daripada beberapa kaum tetapi bahasa pertuturan dan cara hidup yang sama menyebabkan kita boleh diiktiraf sebagai negara bangsa. Hal ini merujuk kepada negara Jepun yang walaupun terdiri daripada beberapa kaum minoriti, namun negara ini menunujukkan contoh negara bangsa dalam amalan tradisional.
Idea ‘negara bangsa’ mula wujud apabila kerajaan British mula mewujudkan idea untuk menubuhkan Malyan Union. Tujuan kerajaan British menubuhkan Malayan Union adalah untuk menyeragamkan pentadbiran di Tanah Melayu selepas perang dunia ke-2 yang menyebabkan kerugian besar kepada British dan mengurangkan kos pentadbiran Tanah Melayu serta untuk proses kolonisasi. Selain itu, kerajaan British juga bercadang untu mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
Selain itu, cara licik yang digunakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-raja Melayu diturunkan takhta jika enggan menerima Malayan Union dan tempoh masa yang diberikan untuk sultan berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri amat singkat. Hal ini akan menurunkan kredibiliti Raja sebaga ketua orang Melayu. Pengurangan ini akan menyebabkan sultan hanya boleh menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu dan hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu serta seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
Di samping itu, sistem kerakyatan ‘jus soli’ yang yang longgar sepertisemua rakyat British daripada semua jajahan takluk boleh menjadi rakyat Malayan Union dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang menetap selama 10 hingga 15 tahun layak diberikan kerakyatan Malayan Union yang akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Hal ini bertujuan untuk menambahkan taat setia imigran kepada Malayan Union dan memastikan sumber tenaga dan pelaburan British terjaga dan dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi di Tanah Melayu.