Tuesday, March 20, 2012

Negarabangsa

Secara bahasanya negarabangsa terbentuk dari dua perkataan iaitu negara dan bangsa. Negara bermakna satu kawasan secara geografinya ditetapkan secara diplomasi dan politik. Manakala bangsa pula satu kumpulan manusia yang dipisahkan melalui faktor biologi dan ras.

Negarabangsa secara umumnya satu proses pembentukan matlamat dan cita-cita bersama antara seluruh rakyat pelbagai bangsa terhadap negaranya. Dari segi politiknya proses ini berkait dengan dengan perpaduan kaum. Pendapat ahli sosiologi menjelaskan bahawa proses ini sentiasa menimbulkan masalah walaupun rakyatnya terdiri dari satu bangsa. Masalah semakin tinggi bagi negara yang berbilang bangsa.

Dalam konteks Malaysia, proses pembinaan negarabangsa ini bermula sejak dari zaman pentadbiran British di Tanah Melayu. Proses tersebut banyak dipengaruhi oleh faktor pendidikan yang berkembang pada zaman tersebut. Sistem pendidikan yang diperkenal oleh pentadbiran British di Tanah Melayu seperti peluang melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara telah menjadi antara faktor meningkatlan kesedaran nasionalisme dan negarabangsa di kalangan rakyat.

Proses ini berterusan sehingga Tanah Melayu merdeka. Walau bagaimanapun proses ini adalah satu proses yang mencabar dan kritikal. Banyak rintangan dan faktor yang menjejaskan proses pembinaan negarabangsa.

No comments: