Thursday, September 5, 2013

Beberapa Konsep Penting Kenegaraan

Sebagai sebuah Negara yang MERDEKA Malaysia mempunyai system yang teratur dalam proses mentadbir urus fungsi kenegaraan. Seperti Negara merdeka yang lain, Malaysia mempunyai panduan khusus yang digunapakai oleh pentadbir Negara sebagai landasan utama dalam konteks bernegara, iaitu Perlembagaan Malaysia. Secara asasnya Malaysia adalah sebuah Negara Persekutuan yang membahagikan tanggungjawab mengurus Negara kepada dua institusi yang penting iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan adalah institusi yang mengurustadbir serta bertanggungjawab terhadap keseluruhan hal ehwal kenegaraan, yang merangkumi hak dan keperluan seluruh rakyat Malaysia. Manakala Kerajaan Negeri pula adalah institusi yang bertanggungjawab terhadap wilayah negeri yang diwakilinya termasuk sumber galian yang terdapat di dalam kawasan negeri masing-masing.

Kerajaan Persekutuan  dan Kerajaan Negeri dibentuk hasil daripada proses pilihanraya yang dijalankan di Malaysia. Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen, Malaysia menghormati proses pilihanraya sebagai mekanisme utama dalam pembentukan kerajaan. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan pemerintah Negara melalui proses pilihanraya.

Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, Negara kita diurustadbir melalui tiga institusi utama di peringkat persekutuan iaitu Badan Perundangan, Badan Pentadbiran dan Badan Kehakiman.




Ke

No comments: