Seketika termenung mengadap ladang teh yang berbukit dan tersusun mengimbau kembali aku pada kenangan-kenangan indah di situ. Nyaman rasanya bila muka disapa angin lembut yang dingin di puncak bukit Cameron.
Kadang-kadang seronok juga rasanya kosongkan fikiran dan pandangan dari perkara-perkara yang memenatkan otak dan fikiran kita. Kerja, kerja dan kerja. Pergi-balik kerja. 'Traffic jam'. dan sebagainya amat memenatkan sebenarnya. Sesekali berpeluang berehat dengan tenang tanpa diganggu apa-apa masalah amat seronok dan hebat rasanya.
Ketika fikiran tenang dan suci ini banyak benda yang indah sebelumnya muncul bagai gambaran 'slide show' yang bersiri. Kenangan masa-masa umur masih mentah dan muda bayak menerjah fikiran. Kenangan indah di usia itu amat indah untuk dikenang. Mengimbas kembali zaman kenakalan di usia yang mentah terasa diri bagai tidak berguna. Tidak sangka akan berada di tempat sekarang rasanya. Zaman itu banyak keputusan dibuat tanpa menggunakan otak yang penuh. Segalanya bayak dipengaruhi oleh hati dan penting diri sahaja.
Itulah kuasa Tuhan. Qada' dan qadar-Nya yang menentukan segalanya. Usaha kita, perancangan kita, matlamat kita, cita-cita kita semuanya ditentukan oleh-Nya. aku amat-amat percaya tentang ini. Amat yakin.