Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, antara perkataan yang paling popular adalah zakat. Setiap hari di media massa sering menonjolkan peri pentingnya setiap Muslim yang berkemampuan itu berzakat. Tambahan pula zakat fitrah adalah satu perkara yang wajib ditunaikan oleh umat Islam pada bulan Ramadhan ini. Manakala zakat yang lain boleh dilakukan sepanjang tahun pada bila-bila masa. Namun persoalannya sejauhmana pengetahuan tentang zakat itu mampu dipupuk dengan pelbagai kempen dan iklan di media massa?