Minggu kedua pada bulan Oktober setiap tahun telah diishtiharkan sebagai Hari Sukan Negara. Untuk tahun 2016, Hari Sukan Negara telah diadakan pada hari ini, 8 Oktober. Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan di seluruh Negara bagi meraikan hari sukan ini.
Apakah makna sukan?
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan DBP, sukan didefinisikan sebagai segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Sukan juga boleh dikaitkan dengan segala aktiviti yang melibatkan fizikal dan mental secara sistematik. Aktiviti sukan kini lebih banyak dijadikan acara yang berbentuk pertandingan, yang telah dijadikan satu industry besar yang berjaya menjana ekonomi. Sumbangan sukan bukan lagi hanya bersifat aktiviti individu, malah telah mampu menjadi produk yang penting dalam sector ekonomi sesebuah Negara.
Secara individu, adakah kita bersukan?
Adakah kita mengmbil kesempatan dalam keghairahan orang ramai kini terhadap sukan, untuk kita sama-sama meraikan sukan untuk kesihatan?
Asasnya, sukan adalah aktiviti untuk kepentingan kesihatan. secara personalnya kita bersukan dengan harapan aktiviti tersebut mampu menjadi banteng kukuh yang menghalang kita daripada dijangkiti pelbagai penyakit yang berpunca daripada kelemahan system kardiveskular kesan daripada kurang bersukan (sering melakukan aktiviti pasif).
Saturday, October 8, 2016
Sunday, October 2, 2016
PhD: Persepsi Umum
Minggu ini media massa dan media social di Malaysia heboh bercerita tentang seorang motivator terkenal yang telah dinafikan sebagai penerima ijazah doctor falsafah (PhD.) dari beberapa university di Malaysia. Bermula dengan Universiti Malaysa (UM) yang menegaskan bahawa tidak pernah menganugerahkan PhD. kepada indidvidu terbabit. Selang beberapa hari kemudian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan IUKL juga membuat kenyataan yang sama terhadap motivator terkenal tersebut.
Monday, August 29, 2016
Merdeka
Keghairahan menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara sepatutnya disertai dengan semangat dan azam yang membara untuk memerdekakan diri sendiri terlebih dahulu. Adalah lebih manis dan bermakna jika sambutan tersebut kita mampu raikan dengan kesungguhan kita untuk meningkatkan nilai diri, keluarga, komuniti dan Negara keseluruhannya melalui keilmuan dan kemahiran yang menyumbang kepada pembangunan Negara.
Kita tidak perlu menjadi sehebat negarawan yang berusaha memerdekakan Negara, cukup jika kita mampu memilih nilai positif yang ada pada diri kita untuk disumbangkan kepada keharmonian Negara. Mematuhi peraturan juga salah satu cara untuk kita meraikan sambutan tersebut dengan tidak menyusahkan orang lain.
Kita tidak perlu menjadi sehebat negarawan yang berusaha memerdekakan Negara, cukup jika kita mampu memilih nilai positif yang ada pada diri kita untuk disumbangkan kepada keharmonian Negara. Mematuhi peraturan juga salah satu cara untuk kita meraikan sambutan tersebut dengan tidak menyusahkan orang lain.