Monday, November 15, 2010

cuti

November 2010 terdapat dua perayaan. Di awal bulan kita sama-sama bercuti sempena deepavali. Di pertengahan bulan pula kita sama-sama bercuti dan meraikan sambutan aidiladha atau hari raya haji. Ini bermakna berkali-kali juga kita pulang ke kampung, berturut-turut.

turutan ini memberi makna kita terlalu meriah dengan pelbagai cuti dan perayaan. setiap tahun juga sentiasa bertambah bilangan cuti yang dirayakan oleh masyarakat kita. tambahan pula kita sekarang dihebohkan dengan konsep 1malaysia. bermakna semua perayaan dan sambutan masyarakat di malaysia adalah perayaan dan sambutan kita. dengan bilangan etnik dan masyarakat yang berbilang-bilang menyebabkan kita terpaksa merayakan banyak hari kebesaran. sama ada perayaan bagi meraikan hari kebesaran agama ataupun kepercayaan termasuk juga sambutan kebudayaan dan tarilkh-tarikh penting yang dikaitkan dengan keistimewaan tertentu. ini termasuk juga cuti bagi meraikan kejayaan satu-satu peristiwa di peringkat antarabangsa ataupun negara. kejayaan dalam sukan, dalam pertandingan budaya, dan sebagainya. semua ini juga menuntut kepada hari bercuti.

kemeriahan bercuti ini dilihat dari pelbagai perspektif oleh masyarakat. umumnya ramai yang berminat untuk bercuti dengan bilangan yang banyak. tambahan pula bagi mereka yang 'makan gaji'. bagi mereka ini cuti bermakna mereka boleh 'makan gaji' tanpa bekerja. berbeza pula bagi yang 'cari makan'. kumpulan ini tidak berapa seronok apabila hari cuti, kerana kemeriahan hari akan berkurang bila ramai bercuti. dan rezeki mereka mungkin berkurang.

khabarnya jumlah cuti bagi wanita bersalin akan ditambahkan lagi dari 60 hari kepada 90 hari. wow! 90 hari bercuti dengan alasan menjaga bayi yang lahir. keselesaan ini sesuaikah dipraktikkan di negara yang berhasrat menjadi negara berpendapatan tinggi di kalangan rakyatnya?

pandangan anda?

No comments:

Post a Comment