Sejak dari kecil kita didedahkan dengan kebaikan membaca. Langkah pertama menjejakkan kaki ke sekolah kita telah diwarwarkan dengan kebaikan membaca. Membaca jambatan ilmu, membaca meluaskan pandangan, nikmati pengalaman dengan membaca. Ini adalah sebahagian slogan indah tentang aktiviti membaca dan kebaikannya.
Di sekolah kita membaca kerana wajib membaca. Aktiviti membaca bukan sesuatu yang menarik dan dilakukan secara sukarela. Waktu itu aktiviti membaca bermatlamat untuk mengetahui sebagai persediaan untuk ditanya kembali dalam peperiksaan dan sebagainya. Oleh itu proses membaca lebih kepada aktiviti mengingat dan menghafal sesuatu. Biasanya aktiviti menghafal tidak akan memberi pengajaran yang lebih daripada mengingat sahaja. Maknanya seseorang akan mengingati apa sahaja yang dibaca untuk tempoh tertentu sehingga segala yang diingat itu diluahkan atau dikemukakan semula seperti dalam peperiksaan contohnya. setelah selesai peperiksaan kebiasaannya kita akan lupa kembali apa sahaja yang diingat dan dihafal sebelumnya. Ini adalah hasil daripada proses membaca di sekolah. Iaitu membaca untuk tujuan peperiksaan. Oleh itu tidak menjadi sesuatu yang pelik jika pelajar kita hari ini dilihat sebagai pelajar cemerlang tetapi tidak berpengetahuan. Mereka dilihat bijak jika diukur dari keputusan peperiksaan utama, tetapi tidak faham dan tahu perkara lain yang berkaitan dengan ilmu yang dipelajari yang diluar silibus yang dihafal. Mereka juga lemah dari segi penggunaan pengalaman membaca untuk mengemukakan pendapat sendiri berkaitan sesuatu isu penting.
Jika tidak diuji dengan peperiksaan berkemungkinan pelajar kita tidak akan membaca serajin sekarang. Mereka mampu membaca kesemua topic yang disediakan mengikut sukatan mata pelajaran yang dipelajari. Mereka juga sanggup membaca bahan lain yang berkaitan dengan sukatan mata pelajaran tersebut. Mereka memang rajin membaca, namun semuanya adalah persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Tumpuan, teknik, dan kaedah yang diaplikasikan berlandaskan topic yang telah ditetapkan. Perkara yang diluar bidang dan topic kebiasaannya tidak diberi tumpuan dan bacaan mereka.
Proses membaca pasca peperiksaan berbeza daripada sebelumnya. Keinginan untuk memahami serta mengetahui apa yang dibaca melebihi ketakutan dan gemuruh menghafal serta mengingati untuk peperiksaan. Nilai ini menjadikan proses tersebut lebih kekal dan berguna kepada pembaca. Bahan yang dibaca kebiasaannya mampu untuk mengubah pemikiran, ideology, pegangan serta pemikiran seseorang, yang mampu diterjemahkan dalam bentuk amalan seharian.
Perbezaan yang ketara dalam proses membaca dan keinginan untuk membaca. Motivasi yang berbeza dalam proses pembacaan telah menghasilkan kesan yang juga berbeza. Pada peringkat awal proses pembacaan di sekolah juga boleh dipupuk sehingga menjadi amalan dan kebiasaan yang mampu menggerakkan minat untuk terus membaca walaupun tidak lagi diuji dengan peperiksaan.
Jom membaca!
Saturday, September 28, 2013
Monday, September 16, 2013
Dasar Luar Perdana Menteri Malaysia
Sehingga kini Malaysia telah mempunyai enam orang Perdana Menteri bermula YM. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan terkini Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak.
Setiap Perdana Menteri ini mempunyai kelebihan yang tersendiri terutamanya dalam aspek menjalin hubungan diplomatic dengan Negara luar. Pembentukan sesebuah dasar luar bagi sebuah Negara merdeka adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri. Oleh itu apabila kita membicarakan perkara berkaitan dasar luar pastinya kita akan kaitkan dengan Perdana menteri yang mentadbir Negara pada tempoh tersebut.

Thursday, September 5, 2013
Beberapa Konsep Penting Kenegaraan
Sebagai sebuah Negara yang MERDEKA Malaysia mempunyai system yang teratur dalam proses mentadbir urus fungsi kenegaraan. Seperti Negara merdeka yang lain, Malaysia mempunyai panduan khusus yang digunapakai oleh pentadbir Negara sebagai landasan utama dalam konteks bernegara, iaitu Perlembagaan Malaysia. Secara asasnya Malaysia adalah sebuah Negara Persekutuan yang membahagikan tanggungjawab mengurus Negara kepada dua institusi yang penting iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Wednesday, August 28, 2013
Kibar Jalur Gemilang - Di mana silapnya?
Kita hampir berpesta menyambut hari kemerdekaan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pesta kemerdekaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada pemerintah ataupun pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Sambutan yang dipenuhi dengan macam-macam cara dan pendekatan. Ada yang menganjurkan konsert, perta jualan amal, pesta sukan, pertandingan kreatif dan sebagainya. Namun adakah kemeriahan yang diwar-warkan itu merupakan manifestasi semangat patriotik pesertanya atau sekadar memenuhi kelender sahaja.
Pihak pemerintah beberapa hari ini mengeluh dengan sambutan yang lembab dari kalangan rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Orang ramai kini kurang berminat untuk mengibarkan Jalur Gemilang terutamanya di premis masing-masing ataupun di kenderaan mereka. Amat jarang kita dapat lihat kemeriahan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang berbanding semasa 'pesta' piliharaya baru-baru. Pada tempoh kempen pilihanraya baru-baru ini kita dapat lihat keghairahan penyokong parti politik memasang bendera parti masing-masing di kenderaan mereka. Tetapi bila tiba sambutan kemerdekaan yang sepatutnya lebih meriah daripada pilihanraya, masyarakat tidak menjadi ghairah.

Saturday, August 17, 2013
Cabaran orang Hebat
Masalah besar menjadi orang yang hebat adalah menjaga diri dan hati agar sentiasa merendah diri. Rasa hebat selalunya akan menyuburkan sifat sombong dan memandang rendah pada orang lain, terutamanya terhadap orang yang kurang hebat.
Kehebatan seseorang adalah keistimewaan yang dimiliki oleh seseorang yang diperolehi dari sumber yang pelbagai. Sama ada melalui pembelajaran, pengalaman dan anugerah. Kehebatan yang diperolehi daripada proses pembelajaran kebiasaannya menjadikan seseorang lebih tinggi rasa kehebatannya kerana sepanjang tempoh tersebut seseorang akan sentiasa menghadapi ujian dan peperiksaan yang akan menentukan kehebatannya. Kejayaan menghadapi peperiksaan itu secara tidak langsung membentuk rasa bangga dan tinggi diri tanpa disedari. Rasa hebat ini akan meningkat setiap kali meningkatnya nilai peperiksaan yang dihadapi, sehingga ke satu tahap tertinggi dalam proses pembelajaran yang diuji melalui peperiksaan/penulisan/penyelidikan.

Wednesday, July 31, 2013
Format tugasan MASB113 Sem.1 2013/14
Format Laporan Bertulis
1. Perlu mengandungi bahagian berikut;
a. Pengenalan / latar belakang kajian
Jelaskan secara terperinci topik, bidang dan skop kajian. Pengenalan berkaitan isu yang dipilih. Huraikan juga signifikan pemilihan isu yang dibincangkan dengan keadaan semasa di Malaysia.
b. Huraian / isu berkaitan di media massa
Sediakan sekurang-kurangnya tiga petikan dari media massa yang membincangkan isu yang dipilih. Kemukakan pendapat / pandangan dari penulis tersebut serta bincangkan pendapat tersebut.
c. Penyelesaian / tindakan dari agensi berkaitan Semak tindakan yang telah dilakukan oleh agensi berkaitan untuk menangani isu yang dibincangkan. Pilih agensi yang bertanggungjawab secara langsung dengan isu yang dibincangkan.
d. Kesimpulan Nyatakan pendapat dari ahli kumpulan berkaitan isu yang dibincangkan. Kaitkan isu tersebut dengan apa yang dibincangkan di media massa dan tindakan dari pihak yang bertanggungajawab.
e. Rujukan Senaraikan sekurang-kurangnya lima sumber rujukan dari sumber yang tepat.
f. Lampiran Kepilkan bersama petikan dari media massa yang digunakan sebagai bahan kajian.
Format teknikal
a. Theme fonts : Times New Roman @ Arial sahaja.
b. Font size : 12
c. line spacing: 1.5 lines
d. Front cover : senaraikan nama ahli kumpulan, tajuk tugasan, section.
*tidak ada jumlah min. dan max muka surat.
- sediakan dalam bentuk power point untuk pembentangan pada 19/8/2013
- tarikh penghantaran laporan bertulis: minggu ke-13 (26/8/2013)

Thursday, June 20, 2013
Sumber Asas Perlembagaan Malaysia
Mencari salasilah pengisian Perlembagaan
2013/06/19 - 09:45:26 AM Shamrahayu A Aziz
Peluang membentangkan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Bagi Diri Negeri Terengganu anjuran Muzium Negeri Terengganu kelmarin membuka ruang kepada saya untuk meneroka ke alam sejarah Undang-Undang Perlembagaan di Tanah Melayu.
Bukan mudah untuk kita sebenarnya mencari salasilah pengisian Perlembagaan kita. Pelbagai isu sering menjadi persoalan dan masih lagi banyak lagi untuk ruang untuk kita berpolemik sekiranya mahu. Semakin dikorek sejarah, semakin menarik untuk kita mengkaji penggubalan Perlembagaan dan pengisiannya.

Semakin menarik juga untuk kita memungut nilai yang ada dalam negara sendiri daripada kita merujuk dan mencari maksud dan nilai daripada sistem yang berada jauh daripada kita. Saya sering menegaskan, setiap undang-undang, sama ada undang-undang Perlembagaan atau undang-undang lain juga adalah sesuatu yang tumbuh dari bumi kita, bukan jatuh dari langit. Oleh itu, jenis tanah dan mineral yang membajai pokok undang-undang itu sebenarnya wujud dalam tanah kita sendiri.
Teringat kata-kata guru undang-undang Perlembagaan saya, Allahyarham Profesor Emeritus Ahmad Ibrahim, figura yang terkenal itu, bahawa kita mempunyai semua penyelesaian kepada lacuna (kelompangan) dalam undang-undang. Prinsip Islam boleh dijadikan rujukan penyelesaian.
Perubahan penting berlaku
Berbalik kepada sejarah undang-undang Perlembagaan Persekutuan dalam tulisan sebelum ini saya pernah berkongsi bahawa sumber rujukan dalam pengisian Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjadi simbol kepada kemerdekaan negara kita ialah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sumber kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu itu pula ialah Perlembagaan Negeri Terengganu yang dinamakan sebagai Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk (1911) dan juga Perlembagaan Negeri Johor atau dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri Johor (1895). Perlembagaan Negeri Terengganu itu pula bersumberkan Perlembagaan Negeri Johor. Susur galur Perlembagaan kita perlu kita fahami kerana ia amat penting dan amat berkait rapat dengan nilai yang kita perlu jelaskan kepada pengisian Perlembagaan.
Tidak dinafikan dalam proses terbabit, beberapa perubahan penting sudah berlaku. Sebagai contoh, pengenalan konsep atau prinsip Demokrasi Berparlimen seperti yang disebut dalam Laporan Suruhanjaya Reid. Apatah lagi dengan pengalaman negara dan juga pengaruh lain seperti faham Perlembagaan daripada Westminster itu.
Tetapi, dalam menerima apa juga perubahan kepada kandungan dan semangat asal Perlembagaan Negeri Johor dan juga Perlembagaan Negeri Terengganu itu, saya tidak fikir kita boleh menolak semua nilai dan semangat yang ada dalam kedua-dua Perlembagaan itu. Nilai murni yang tersirat dalam kedua-duanya perlu kita hidupkan kembali. Walaupun sudah seratus tahun lebih usia kedua-duanya, beberapa prinsip dan nilai yang ada begitu menyerlah akan kehalusan kita masyarakat Melayu Islam.
Antara nilai dan prinsip yang saya maksudkan perlunya pengekalan semangatnya ialah perkara berkaitan dengan perkongsian saya sebut minggu lalu, iaitu keseimbangan antara sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Contoh yang saya bawakan dalam tulisan terbabit ialah pindaan kepada Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Mohor Besar Yang di-Pertuan Agong kepada apa juga Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen.
Tiada lagi kegusaran Raja
Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 mempunyai peruntukan berkaitan peranan Raja dalam hal perkenan kepada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Negeri. Sekiranya keputusan atau ketetapan atau undang-undang dibuat Majlis Mesyuarat mengenai isi negeri Terengganu, ia hendaklah diberitahu kepada rakyat selepas mendapat perkenan Raja (Fasal 44). Sekiranya tiada perkenan Raja, maka ketetapan itu hendaklah dibawa kepada Majlis Mesyuarat sehingga tiga kali.
Sekiranya masih lagi tidak mendapat perkenan Raja maka perkara terbabit tidak boleh dibincangkan lagi sehingga jangka masa setahun. Selepas masa setahun itu, perkara berkenaan bolehlah dibincangkan lagi untuk kali keempat. Selepas dibincangkan pada kali keempat ini, ketetapan terbabit boleh dibenarkan Raja kerana sudah tiada kecuaian (taqsir) lagi pada Raja atau tiada lagi kegusaran Raja (Fasal 45).
Nilai yang mahu saya jelaskan ialah tiada lagi kegusaran Raja. Dalam prinsip demokrasi, kuasa Raja disebut veto tetapi apabila kita nilaikan peruntukan Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 itu, prinsip yang mahu disampaikan ialah sebagai mekanisme semak dan imbang dalam sistem yang undang-undang kita pernah perkenalkan.
- Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM, artikel ini dipetik daripada akhbar Berita Harian, 19 Jun 2013.
- Saya bersama-sama Dr. Shamrahayu A.Aziz menghadiri Persidangan Itqanul Muluk Bi Ta'dil Al-Suluk di Kuala Terengganu pada 16 & 17 Jun 2013, anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Friday, March 1, 2013
Polemik BR1M
Minggu ini massa berpolemik berkaitan BR1M. Pelbagai pendapat dan tafsiran telah dihujahkan bagi mempertahankan pendapat masing-masing. Kebanyakannya meluahkan pendapat berdasarkan motif dan kedudukan masing-masing. Apa kapasiti yang ada semasa memberi pendapat itu yang menentukan definisi terhadap BR1M ini. Pihak Pemerintah mempunyai pandangannya sendiri tentang kewajaran bantuan tersebut diberi kepada rakyat. Manakala pihak Oposisi juga mengemukakan pandangannya dari sudut tafsiran yang pasti memberi faedah politik kepada pihak mereka. Kecelaruan pendapat yang pelbagai ini menjadikan massa keliru antara yang benar, baik, haram, tidak baik dan sebagainya.
Timetable Special Sem. UNITEN
Monday, Tuesday & Thursday : MASB113 section 2 lecture (9-11am)
Wednesday & Friday : 9-11am - consultation & discussion slot for my students
Wednesday & Friday : 9-11am - consultation & discussion slot for my students