Wednesday, November 12, 2008
Bahasa Penyejuk Badan
Penggunaan kata panggilan yang sesuai amat penting semasa proses komunikasi interpersonal berlangsung. Kata panggilan perlu bersesuaian dengan status sosial, umur dan persekitaran tempat kita berkomunikasi. Faktor usia dilihat lebih penting untuk dititik beratkan kerana kesilapan memilih kata ganti diri untuk orang yang berlainan usia akan menyebabkan kita dilihat sebagai tidak sopan. Contohnya kata panggilan 'pakcik' tidak sesuai digunakan kepada lelaki berusia yang berkerjaya atau mempunyai status sosial yang tinggi dalam masyarakat. Bagi golongan ini lebih sesuai dipanggil 'encik'. Kesukaran sering berlaku bagi memanggil wanita yang berusia. Kerana terdapat banyak kata panggilan untuk wanita yang hanya dibezakan oleh status peribadinya, seperti berkahwin, bujang atau janda, atau wanita berkerjaya, pemimpin masyarakat dan sebagainya. Wanita berkerjaya dan berkahwin lebih sesuai dipanggil 'puan'. Jika dia mempunyai gelaran anugerah iktisas seperti berkelulusan Phd. atau doktor perubatan lebih sesuai dipanggil doktor. Bagi wanita yang berusia tetapi masih belum berkahwin, apakah kata panggilan yang sesuai untuk mereka? 'Puan', 'cik' atau apa? Kadang-kadang ada wanita yang sensitif dengan kata panggilan ini. Walaupun mereka belum berkahwin tetapi usianya menjangkau akhir 40-an atau 50-an, mereka lebih selesa dipanggil 'puan'. Tambahan lagi jika mereka berkerjaya. Bagaimana pula dengan janda? Apa kata panggilan yang sesuai untuk mereka? Puan atau cik atau cik puan?
Tuesday, November 11, 2008
Ceramah Akademik
Pagi tadi 11/11/08 telah berlangsung satu ceramah akademik yang dianjurkan oleh Institut Kajian Liberal, Uniten. Ceramah disampaikan oleh Prof. Dr. Rajendren Muthu. Beliau membincangkan tentang tajuk pembangunan sosial di Jepun. Apa yang menarik adalah beliau merupakan anak Malaysia yang bertugas di Jepun dan membuat kajian berkaitan sosial di Jepun. Ini satu kebanggaan. Melalui ceramahnya tadi beliau banyak menyentuh tentang keadaan sosial di Jepun yang amat berbeza dengan negara maju yang lain. Di sana masyarakatnya masih lagi mementingkan kebajikan dalam kehidupan. Ini bermakna walaupun keadaan sosial remajanya bermasalah tetapi mereka masih diberi perhatiaan yang baik oleh pihak bertanggungjawab. teks penuh ceramah ini akan saya cuba 'post' kan di sini nanti.
Jika ada kelapangan cuba-cubalah menghadiri apa saja ceramah yang boleh membantu kita menambah sedikit maklumat selain dari membaca. jika ada ceramah yang menarik bolehlah dikongsi di sini. terima kasih.
Jika ada kelapangan cuba-cubalah menghadiri apa saja ceramah yang boleh membantu kita menambah sedikit maklumat selain dari membaca. jika ada ceramah yang menarik bolehlah dikongsi di sini. terima kasih.
Monday, November 10, 2008
Kerja berkaitan penulisan
Menjadi satu kewajipan untuk kita meneroka sesuatu yang baru setiap hari. Bagi seorang yang sensitif, semua perkara yang berlaku di sekitarnya akan menjadi bahan untuknya menulis. Apa saja. Mungkin bagi kita perkara itu bukanlah sesuatu yang hebat dan menarik untuk diketengahkan, tapi bagi golongan sensitif ini mereka akan sentiasa menjadikan perkara tersebut satu cerita. semoga kita dapat belajar jadi sensitif dengan persekitaran kita. Insya Allah.
manfaat teknologi
Saya rasa seperti ketinggalan apabila kawan-kawan bertanya tentang alamat blog saya tempoh hari. Terasa seperti tidak mengikut perkembangan semasa. Pada mulanya dirasakan tidak perlu mempunyai satu ruang blog untuk berkarya. Walaupun saya amat berminat dalam bidang penulisan, tetapi tidak terfikir pula untuk menulis melalui ruang ini. Biasa saya menulis secara manual iaitu di atas kertas (cebisan kertas sebenarnya) yang akhirnya hilang begitu saja. Ini adalah permulaan. Salam perkenalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)