Kerajaan Persekutuan adalah institusi yang mengurustadbir serta bertanggungjawab terhadap keseluruhan hal ehwal kenegaraan, yang merangkumi hak dan keperluan seluruh rakyat Malaysia. Manakala Kerajaan Negeri pula adalah institusi yang bertanggungjawab terhadap wilayah negeri yang diwakilinya termasuk sumber galian yang terdapat di dalam kawasan negeri masing-masing.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dibentuk hasil daripada proses pilihanraya yang dijalankan di Malaysia. Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen, Malaysia menghormati proses pilihanraya sebagai mekanisme utama dalam pembentukan kerajaan. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan pemerintah Negara melalui proses pilihanraya.
Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, Negara kita diurustadbir melalui tiga institusi utama di peringkat persekutuan iaitu Badan Perundangan, Badan Pentadbiran dan Badan Kehakiman.
No comments:
Post a Comment