Friday, September 11, 2009

ramadhan dan aidilfitri

syukur kepada-Nya tahun ini masih lagi berkesempatan kita berada di bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan, ramadhan. bulan yang istimewa ini pastinya kita mampu memanfaatkannya sepenuh dan sebaiknya. kita pasti memenuhi sepanjang bulan ini dengan aktiviti yang berkesan untuk diri kita dan orang-orang di sekitar kita.

ramadhan adalah pentas ujian sebenarnya. masa untuk kita menghadapi peperiksaan yang besar dalam hidup. berjaya atau gagal kita menghadapinya akan mempengaruhi kehidupan kita 11 bulan yang lain. sepanjang bulan ini kita diuji dengan pelbagai keadaan sama ada kepada fizikal atau pun mental. badan kita lesu kerana berlapar. mental juga diuji dengan dugaan kerohanian. akhlak yang baik dan patuh pastinya tidak menghadapi masalah menghadapinya. oleh itu jika kita berjaya menghadapi hari-hari sepanjang bulan ini sesungguhnya kita telah berjaya mengumpul dan mendidik diri kita, akhlak kita, fizikal kita dengan kekuatan yang mampu untuk kita kuat di 11 bulan yang lain.

diakhir ramadhan kita dihadiahkan dengan satu pesta kekeluargaan yang penuh bermakna. bermakna jika kita berjaya dalam ujian di bulan ramadhan. jika gagal kita akan rasa sama saja sambutan hadiah ini. sama seperti sambutan hari ulangtahun kelahiran kita atau sambutan hari kemerdekaan negara kita. walau bagaimanapun kita akan puas dan bahagia bila kita berjaya sepanjang ramadhan. kita akan rasa kelainan menyambut hadiah aidilfitri yang disediakan untuk kita. kelainan tentang perasaan dan ketenangan walaupun kita tidak dibaluti dengan pakaian yang mahal dan baru.

salam aidilfitri. moga kita mampu mendapat kelulusan yang cemerlang dalam ujian ramadhan pada tahun ini. kerana ramadhan tahun depan belum tentu kita akan menemuinya.