Tuesday, November 16, 2010

Atasi Gemuk cara Islam

Gemuk berkait rapat dengan pemakanan. Secara ralatifnya kita akan jadi gemuk apabila tabiat makan kita melampaui jumlah makanan yang biasa. Walau bagaimanapun tidak semua kegemukan fizikal seseorang berlaku kerana tabiat pemakanan. Ada juga berasaskan kepada keturunan dan emosi seseorang.

Bahayakah jika kita gemuk? Menurut pakar kesihatan kegemukan boleh menjadi punca utama kepada banyak penyakit berbahaya. Bagaimana dengan kurus? Adakah orang yang kurus tidak mudah dihinggapi penyakit? Kurus yang melampau juga mudah menghidapi penyakit. Asasnya perkara yang tidak seimbang akan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit.

Islam sentiasa berpegang kepada prinsip kesederhanaan. Sederhana dalam semua perkara. Sederhana bermakna kita melakukan apa sahaja sekadar fitrah sahaja. Iaitu memenuhi tuntutan sebagai manusia. Dalam konteks makan juga sama. Kita makan sekadar memenuhi keperluan perut yang menjadi fitrah manusia. Makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Prinsip dan cara makan yang disunnahkan juga telah menunjukkan cara yang terbaik. Makan dimulakan dengan sesuatu yang manis. Kunyah sehingga hancur dan makan secara perlahan-lahan. Manakala semasa makan tidak diselangi dengan minum. Cara ini terbukti amalan yang baik jika dilihat dari aspek sains pemakanan.

Asasnya apa juga aktiviti yang kita jalankan sepanjang hari adalah lebih baik berpandukan cara Islam. Islam itu merangkumi semua perkara tentang hidup. Ia sempurna dan lengkap. Cuma kadang-kadang kita terlalai dan terpesong dari landasan yang telah disediakan.
-azamrahman/ 16 nov 2010

60 peratus rakyat Malaysia gemuk - Menteri

Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

- Bernama

Monday, November 15, 2010

cuti

November 2010 terdapat dua perayaan. Di awal bulan kita sama-sama bercuti sempena deepavali. Di pertengahan bulan pula kita sama-sama bercuti dan meraikan sambutan aidiladha atau hari raya haji. Ini bermakna berkali-kali juga kita pulang ke kampung, berturut-turut.

turutan ini memberi makna kita terlalu meriah dengan pelbagai cuti dan perayaan. setiap tahun juga sentiasa bertambah bilangan cuti yang dirayakan oleh masyarakat kita. tambahan pula kita sekarang dihebohkan dengan konsep 1malaysia. bermakna semua perayaan dan sambutan masyarakat di malaysia adalah perayaan dan sambutan kita. dengan bilangan etnik dan masyarakat yang berbilang-bilang menyebabkan kita terpaksa merayakan banyak hari kebesaran. sama ada perayaan bagi meraikan hari kebesaran agama ataupun kepercayaan termasuk juga sambutan kebudayaan dan tarilkh-tarikh penting yang dikaitkan dengan keistimewaan tertentu. ini termasuk juga cuti bagi meraikan kejayaan satu-satu peristiwa di peringkat antarabangsa ataupun negara. kejayaan dalam sukan, dalam pertandingan budaya, dan sebagainya. semua ini juga menuntut kepada hari bercuti.

kemeriahan bercuti ini dilihat dari pelbagai perspektif oleh masyarakat. umumnya ramai yang berminat untuk bercuti dengan bilangan yang banyak. tambahan pula bagi mereka yang 'makan gaji'. bagi mereka ini cuti bermakna mereka boleh 'makan gaji' tanpa bekerja. berbeza pula bagi yang 'cari makan'. kumpulan ini tidak berapa seronok apabila hari cuti, kerana kemeriahan hari akan berkurang bila ramai bercuti. dan rezeki mereka mungkin berkurang.

khabarnya jumlah cuti bagi wanita bersalin akan ditambahkan lagi dari 60 hari kepada 90 hari. wow! 90 hari bercuti dengan alasan menjaga bayi yang lahir. keselesaan ini sesuaikah dipraktikkan di negara yang berhasrat menjadi negara berpendapatan tinggi di kalangan rakyatnya?

pandangan anda?

Thursday, October 7, 2010

Berminat?

Kain ela English Cotton untuk baju kurung (4 meter)
RM70
012 685 6691

Budaya Jamuan di Hari Raya

Sepanjang syawal ini banyak sahabat kita mengadakan majlis rumah terbuka. Dengan hasrat dapat meraikan aidilfitri yang mulia ini bersama keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran. Kesempatan ini diguna sepenuhnya untuk berjumpa kembali teman-teman lama dari jauh dan dekat. Dapat berbincang kembali isu-isu yang boleh dikongsi bersama. Pengalaman bersama sebelum itu pasti akan menjadikan pertemuan tersebut lebih mesra dan indah. Banyak cerita-cerita lama terbongkar kembali bila berkesempatan bertemu. Itulah yang indahnya rumah terbuka.

Lazimnya tidak semua jemputan itu mampu kita tunaikan. terkadang terlepas pandang, atau bertembung dengan majlis yang sama dalam waktu yang sama. kegagalan kita ini kadang-kadang boleh juga menjadi sebab timbulnya kerenggangan hubungan persahabatan kita. Kawan 'terasa hati' tetamu diundang tidak datang! Sebagai balasan rumah terbukanya pula akan diboikot. Ada kawan yang sebegini. Niat baik rumah terbuka telah mewujudkan satu masalah lain pula.

Wednesday, July 28, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa

Seketika termenung mengadap ladang teh yang berbukit dan tersusun mengimbau kembali aku pada kenangan-kenangan indah di situ. Nyaman rasanya bila muka disapa angin lembut yang dingin di puncak bukit Cameron.

Kadang-kadang seronok juga rasanya kosongkan fikiran dan pandangan dari perkara-perkara yang memenatkan otak dan fikiran kita. Kerja, kerja dan kerja. Pergi-balik kerja. 'Traffic jam'. dan sebagainya amat memenatkan sebenarnya. Sesekali berpeluang berehat dengan tenang tanpa diganggu apa-apa masalah amat seronok dan hebat rasanya.

Ketika fikiran tenang dan suci ini banyak benda yang indah sebelumnya muncul bagai gambaran 'slide show' yang bersiri. Kenangan masa-masa umur masih mentah dan muda bayak menerjah fikiran. Kenangan indah di usia itu amat indah untuk dikenang. Mengimbas kembali zaman kenakalan di usia yang mentah terasa diri bagai tidak berguna. Tidak sangka akan berada di tempat sekarang rasanya. Zaman itu banyak keputusan dibuat tanpa menggunakan otak yang penuh. Segalanya bayak dipengaruhi oleh hati dan penting diri sahaja.

Itulah kuasa Tuhan. Qada' dan qadar-Nya yang menentukan segalanya. Usaha kita, perancangan kita, matlamat kita, cita-cita kita semuanya ditentukan oleh-Nya. aku amat-amat percaya tentang ini. Amat yakin.

Thursday, July 22, 2010

Jadual Pengajaran sesi 2010/2011 semester 1

CLASS SCHEDULE

Name of lecturer : NOOR AZAM BIN ABDUL RAHMAN Department : HUMANITIES & COMMUNITY
Academic Year/Session : SEMESTER 1 SESI 2010/11 Office Phone Extension Number : 5009 / 012 6856691
Email: noorazam@uniten.edu.my
TIME 8-9 AM 9-10 AM 10-11 AM 11-12 PM 12-1 PM 1-2 PM 2-3 PM 3-4 PM 4-5 PM 5-6 PM 6-7 PM
MON ICV UNITEN CONSULTATION

TUE BW-G-R19 BW-G-R19 RESEARCH
MASB113 Section 04 MASB113 Section 04
WED BL-0-002 BW-G-R19 RESEARCH
MASB113 Section 03 MASB113 Section 04
THU BM-0-002 BM-0-002 CONSULTATION
MASB113 Section 03 MASB113 Section 03
FRI ICV UNITEN CONSULTATION

suara alam

banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita yang sentiasa seakan memberi amaran kepada kita. Amaran agar kita tidak leka membuat kesilapan demi kesilapan. Amaran agar kita selalu sedar dunia ini hanyalah tempat sementara yang kita diami. Terdapat tempat lain yang lebih abadi yang lebih menyeronokkan dan kekal selamanya.

Perkara di sekitar kita selain manusia amat susah untuk kita terkesan amarannya. Kita akan cepat terasa bila orang di sekeliling kita bercakap tentang kita. Selalunya kita akan mengamuk dan naik angin bila orang mengata kita, walaupun apa yang dikata itu tujuannya untuk menegur kita. kita memang susah untuk menerima teguran.

Bagaimana pula jika alam yang menegur kita? Adakah kita akan dapat menerimanya sebagai teguran membina? Di sekitar tempat kita telah banyak kali alam menegur kita. Alam menegur dengan memberi sedikit ujian kesabaran kepada kita. Di runtuhkan bukit, diberi banjir, dipanaskan suhu, dikotorkan persekitaran, dibisingkan suasana. dan banyak lagi.

apakah kita sedar tentang ini. apakah kita tahu semua ini terjadi puncanya adalah daripada kita?

cuba kita renung sejenak...

Thursday, July 15, 2010

sambung kembali

sudah lama saya tidak update blog ini. sudah banyak perkara-perkara penting yang berlaku di sekitar tempat kerja dan keluarga saya tidak dicatat di sini. terasa rugi juga tidak dokumenkan isu-isu penting yang berlaku di sini.

Secara ringkas saya agak sibuk pada semester lepas. Ini adalah alasan yang saya mampu beri untuk mengelakkan diri dari rasa bersalah. seperti menipu diri sendiri rasanya. Yang sebenarnya saya kurang masa untuk menulis di sini. tetapi saya tetap juga menulis di tempat lain. Iaitu di diari harian saya.

hari berganti bertukar bulan dan tahun berubah. Kini tahun 2010. Ini adalah catatan pertama saya di tahun 2010. tahun 2010 yang telah melepasi separuh ini saya baru mampu menjengah kembali ke sini.

Saya cuba aktifkan blog ini untuk kemudahan pelajar saya. Saya akan manfaatkan blog ini untuk menyampaikan nota secara online. Ini boleh membantu usaha Uniten untuk menjimatkan penggunaan kertas.

harapannya hasrat ini menjadi kenyataan!