Monday, June 13, 2011

MASB113 Tajuk 2: Ciri-ciri Asas Perlembagaan Malaysia

Antara ciri asas Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut;

- Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan

- Sebagai negara berpelembagaan

-Sebagai negara demokrasi berparlimen

- Memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun menjamin kebebasan beragama

- memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang

- Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang pentadbiran iaitu Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama, tiada satupun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.

- memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang ekslusif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.

Latihan 1:

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam Perlembagaan Malaysia?

14 comments:

Anonymous said...

AFIQ BIN ABD RAHIM
SW087034
MALAYSIAN STUDIES I
MASB113

Tajuk 2: Perlembagaan Malaysia.
Soalan 1.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam Perlembagaan Malaysia?
Pertama sekali, jangka masa ‘Pemerintahan Tradisional Melayu' secara umumnya bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kepada campur tangan Inggeris secara langsung di Negeri Negeri Melayu pada abad ke-18. Manakala Kemerdekaan Tanah Melayu yang disusuli dengan pembentukan Malaysia (1963), tidak banyak mengubah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Beberapa tambahan dan pindahan dibuat pada Perlembagaan untuk menyesuaikan keperluan dari semasa ke semasa terutamanya mengambil kira keistimewaan rakyat negeri-negeri yang menyertai Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Ciri-ciri yang masih kekal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah dari segi sistem jawatan dan tugas pembesar 4 lipatan iaitu Bendahara, Laksanama, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Empat jawatan ini masing-masing mirip kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan/ Ketua Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Menteri Kewangan.
Selain dari itu, Sultan masih kekal sebagai ketua Negara dan Agama meskipun bidang kuasanya kini telah banyak berkurang berbanding zaman Kesultanan Melayu Melaka. Disamping itu, dari segi sumber pendapatan Negara juga tidak jauh berbeza, sumber pendapatan pembesar pada zaman Melaka adalah melalui cukai yang dikenakan pada pengguna sungai dan jalan. Pada masa yang sama cukai kepala juga dikenakan kepada setiap rakyat yang mengusahakan tanah dikawasan pemakanan pembesar ini. Daripada hasil ini pembesar akan serahkan sebahagian kepada sultan/raja bagi mengisi perbendaharaan negara. Hasil cukai juga banyak menyumbang kepada pendapatan Negara Malaysia pada masa kini terutamanya cukai tanah seperti yg termaktub dalam Perkara 83. Fasal (1) dan Fasal (2).

Rujukan.
Bibliografi:
Sejarah Malaysia Tingkatan 5. 1991. DBP: KL

Internet:
http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Perhubungan_Antara_Persekutuan_dengan_Negeri-Negeri

Rujukan-rujukan lain:
Majalah-majalah dan akhbar politik semasa.

Ct Nur Azreen said...

Siti Nur Azreen Morshidi
ME086546
MASB113 sec 01

Pada pendapat saya, sistem pemerintahan di dalam Perlembagaan Malaysia masa kini dilihat selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehinggalah kepada pembentukkan Malaysia pada tahun 1963. Kemerdekaan Tanah Melayu yang disusuli dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, tidak banyak mengubah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Beberapa tambahan dan pindahan dibuat pada Perlembagaan untuk menyesuiakan keperluan dari semasa ke semasa terutamanya mengambil kira keistimewaan rakyat negeri-negeri yang menyertai Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Tanah Melayu sejak merdeka sehingga sekarang, diperintah oleh satu parti politik yang sama iaitu Parti Perikatan atau lebih dikenali Barisan Nasional kini.

Pemerintahan raja-raja Melayu adalah berteraskan kepada sistem monarki. Kesultanan Melayu Melayu Melaka disamping mengamal dan mengutuhkan sistem monarki mempunyai satu sistem yang unik dan unggul yang dikenali sebagai “Sistem Lipatan Empat”. Berdasarkan Sistem Lipatan Empat, Raja atau Sultan dan kerabat diraja menduduki heiraki tertinggi, diikuti 4 orang pembesar yang menduduki tangga kedua. Pembesar 4 orang ini ialah Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Dikiaskan dengan sistem pentadbiran masa kini, 4 jawatan ini masing-masing mirip kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahan atau Ketua Angakatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Menteri Kewangan. Pada heiraki yang berikutnya ialah ‘Pembesar 8 orang”. Dalam kategori ini termasuk 4 Syahbandar yang bertanggungjawab terhadap sistem pelabuhan dan pedagang. Analogi bagi jawatan Syahbandar ialah Pengarah Kastam dan Eksais.

Di samping itu, raja juga dinasihiti oleh tokoh-tokoh agama yang berwibawa. Sultan masih kekal sebagai ketua Negara dan Agama meskipun kuasanya kini telah banyak berkurang berbandinh zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sistem pentadbiran cukai telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan penjajahan Barat lagi iaitu di zaman Kerajaan Melayu Melaka dan semasa pemerintahan Kerajaan Johor Riau lagi. Di zaman kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan. Pada masa itu, pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah di bawah tanggungjawab Penghulu Bendahari. Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar. Merekalah yang merupakan golongan yang menguatkuasakan peraturan-peraturan dan undang-undang pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh raja. Sumber pendapatan pembesar adalah melalui cukai yang dikenakan pada pegguna sungai dan jalan. Pada masa yang sama cukai kepala juga dikenakan kepada setiap rakyat yang mengusahakan tanah dikawasan pemakanan pembesar ini. Daripada hasil ini pembesar akan serahkan sebahagian kepada sultan atau raja bagi mengisi perbendaharaan negara. Hal ini bagi memastikan kerajaan mampu melaksanakan hal-hal pembangunan dan pentadbiran sesuatu negara.

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/54311156/Bab-1-Tingkatan-5
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia

Md Nuredlee said...

MOHD NUREDLEE BIN MOHD KAMAL GHAZALEE
ME084124
MASB 113
SECTION 2 MEI 2011

Tajuk 2: Perlembagaan Malaysia.
Soalan 1.

Dalam mewujudkan suatu kuasa pentadbiran, pemerintah haruslah menghormati ciri-ciri pemerintahan tradisi sesuatu tempat sebelum memikirkan cara terbaru untuk mentadbir supaya segala proses pentadbiran boleh berjalan dengan lancar.

Merujuk kepada penubuhan Perlembagaan Malaysia, sebelum penggubalan perlembagaan ini, satu suruhanjaya telah di tubuhkan untuk mendapat pandangan dari penduduk tempatan dan parti-parti politik tempatan. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Reid yg diketuai oleh Lord William Reid.

Terdapat ciri-ciri pentadbiran tradisi yang dikekalkan dan ada pula di ubahsuai bagi memenuhi corak pemerintahan yang berasaskan Demokrasi Berpalimen Raja Berpelembagaan.

Antara ciri-ciri tradisi yang masih dikekalkan adalah Raja sebagai ketua negara. Jika dibandingkan dengan pemerintahan tradisi, raja merupakan Kuasa tertinggi didalam sesebuah kerajaan, tetapi bidang kuasanya telah diwartakan dalam perlembagaan. Bagi raja dan dipertua negeri disetiap negeri mereka bertanggungjawab bagi negeri jajahan masing-masing dan di antara raja/sultan; tidak termasuk dipertua negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang; seorang akan dilantik untuk menjadi ketua negara dan diberi gelaran dipertuan Agong.
Dalam mentadbir kerajaan pula, pada era pemerintahan tradisi, sultan(ketua negara) merupakan ketua bagi semua hal. Pada pemerintahan kini, YDP Agong masih diangkat sebagai ketua tetapi telah diagihkan kepada 3 jenis pentabiran, iaitu Badan Perundangan, Badan Pentadbiran dan Badan Kehakiman. YDP Agong akan menjadi ketua tetapi akan dibantu dan dinasihatkan oleh ahli-ahli yang ditugaskan disetiap badan-badan tersebut.

Segala urusan negara haruslah mendapat persetujuan daripada Yang diPertuan Agong. YDP Agong akan mentadbir negara dengan nasihat daripada Perdana Menteri. Ini jelas diperlihatkan dalam setiap undang-undang mahupun perlembagaan perlulah mendapatkan persetujuan dan tandatangan dan cop mohor dari YDP Agong sebelum diwartakan.

Ciri-ciri tradisi dari Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka juga masih dikekalkan iaitu sistem pembesar 4 lipatan yang terdiri daripada Bendahara yang kini dikenali sebagai Perdana Menteri, Laksamana yang kini dikenali sebagai Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara dari serangan luar, Temenggugn yang kini dikenali sebagai Ketua Polis Negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dalam negara dan yang terakhir Penghulu Bendahari yang kini dikenali sebagai Menteri kewangan yang bertanggungjawab mentadbir ekonomi negara.

Pada pemerintahan kesultanan Melayu Melaka, rakyatnya adalah beragama Islam. Rakyat kesultananan melayu melaka yang majoriti adalah Melayu, maka didalam perlembagaan Malaysia kini mereka yang memegang status Melayu haruslah beragama Islam,juga agama Islam diangkat sebagai agama rasmi, cuma pada pentadbiran kini ditambah kebebasan beragama bagi menghormati kaum-kaum lain yg beragama selain Islam.

Kesimpulannya, walaupun Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kerajaan Melaka, Persekutuan Tanah Melayu dan sebagainya, ciri-ciri tradisi masih dapat dikekalkan walaupun terdapat sedikit perubahan dibuat untuk memastikan ianya relevan dengan corak pentadbiran terkini.

kaze said...

MUHAMMAD NUR ZAFIFI ALIFF BIN KAMARUDDIN
IS086923
MALAYSIAN STUDIES I
MASB113

Tajuk 2:Perlembagaan Malaysia
Soalan 1.

ciri-ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam
Perlembagaan Malaysia?

Jawapan.

Perkembangan Perlembagaan Malaysia adalah seiring dengan perkembangan Malaysia
sebagai sebuah negara moden. Adalah kurang tepat untuk menyatakan bahawa Perlembagaan
negara hanya muncul selepas Suruhanjaya Reid menamatkan tugas mereka sejurus sebelum
kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Ini kerana apa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid
sebagai Perlembagaan Malaya merdeka adalah suatu manifestasi daripada realiti politik yang
wujud sebelum dan ketika negara hampir mencapai kemerdekaan.
Perlembagaan Malaysia dengan itu adalah satu manifestasi realiti pensejarahan negara,
malah realiti politik moden masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang telah menerima
pakai sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan sebagai asas sistem politiknya.

Pada pendapat saya,terdapat beberapa aspek ciri pemerintahan tradisi yang dikekalkan
walaupun dalam bentuk yang lebih moden di dalam Perlembagaan Malaysia sekarang.
Antaranya ialah;

(i) Sistem kerajaan beraja di mana sembilan Raja-Raja Melayu masih kekal berdaulat dinegeri
masing-masing walau pun mereka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak sebaliknya adalah merupakan
Raja Berperlembagaan,yakni sistem beraja yang tertakluk kepada undang-undang.

(ii) Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

(iii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, adalah merupakan kesinambungan daripada
kedudukan identiti tradisi negara ini serta pengikhtirafan kepada bahasa Melayu yang menjadi
bahasa pertuturan utamadi Tanah Melayu.

(iv) Kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu yang memperlihatkan pengiktirafan ke atas
kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini yang perlu diberikan perlindungan
kerana kesediaan dan pengorbanan mereka memberikan hak berkongsi kerakyatan dan kuasa
pemerintahan dengan orang-orang bukan Melayu dari keturunan Cina dan India.

Rujukan;

Sejarah Tingkatan 5,Perlembagaan Malaysia,

http://www.scribd.com

mHas said...

Muhamad hasbullah ariffin
Ep085465
Latihan 1:
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam Perlembagaan Malaysia?

Seperti yang kita ketahui, Kesultanan Melayu Melaka(KMM) adalah antara kerajaan yang terawal di Tanah Melayu yang wujud sekitar kurun ke-14. KMM mengamalkan sistem raja monarki. Monarki bermaksud sistem pemerintahan yang berpaksikan raja. Monarki terbahagi kepada 2 iaitu monarki mutlakdan monarki demokratik.
Bagi Malaysia, sistem pemerintahan kita masih mengekalkan sistem pemerintahan feudal(beraja) hingga ke hari ini. Namun, untuk menyesuaikan dengan arus glokal, maka wujudlah sistem raja berperlembagaan iaitu monarki demokratik.
Sistem pemerintahan yang masih kekal hingga ke hari ini ialah sistem pemerintahan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan pemerintahan. Pada zaman KMM, bahasa Melayu digunakan dengan meluas sebagai bahasa untuk urusan perdagangan sehingga menjadi lingua franca(bahasa utama) di kepulauan Melayu. Menurut perkara 152 dalam perlembagaan persekutuan, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yang harus digunakan dalam urusan rasmi kerajaan.
Selain itu, sistem pemerintahan yang masih wujud hingga ke hari ini ialah sistem ‘pembesar empat lipatan’. Sistem ini menyerupai sistem menteri berkabinet yang telah digunapakai sejak mencapai Kemerdekaan. Namun ruang lingkup kuasa bagi sistem beraja dan menteri berkabinet telah berubah pada hari ni. Pada masa dahulu, kuasa raja meliputi hampir keseluruhan sektor(pemerintahan, ekonomi, perundangan). Namun pada hari ini, kuasa raja hanya meliputi bidang keagamaan sahaja.
Pada zaman KMM juga telah wujud sistem perundangan yang memperuntukkan undang-undang dalam menjalankan akitiviti berdagang di tanah Melayu. Sistem itu juga turut telah menjadi sumber inspirasi dalam penggubalan sistem undang-undang di Malaysia pada hari ini.
Selain itu, sistem pemerintahan kini yang berinspirasikan daripada KMM ialah kemampuan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar untuk perkembangan ekonomi dan pertukaran budaya. Sejak zaman KMM, sudah wujud satu bentuk hubungan antara kerajaan lain seperti kerajaan China. Hubungan ini wujud dengan saling bertukar perutusan. Contohnya, dinasti Ming telah menghantar laksamana Cheng Ho sebagai perutusan kepada kerajaan Melaka.

Sumber rujukan
Nadzan Haron, Malaysia Melangkah ke Hadapan, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Terbitan Pertama: Februari 2010

nur khairunnisa said...

"MASB113 Tajuk 2: Ciri-ciri Asas Perlembagaan Malaysia"

NUR KHAIRUNNISA BINTI MOHD AFFENDI
EP082281
MASB113

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam Perlembagaan Malaysia?

Pada pendapat saya,ciri-ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam Perlembagaan Malaysia ialah pemerintahan beraja. Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berpelembagaan. Ketua utama bagi Persekutuan ialah Yang Di-Pertuan Agung, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja Sembilan buah negeri Melayu. Namun begitu baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Selain itu, Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan termaktub dalam Perkara 3 (1) tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak merupakan salah satu ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara itu termaktub dalam Perkara 153. Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain.

Akhir sekali, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna
“apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Fana Nabir said...

Terdapat 4 unsur-unsur atau ciri ciri pemerintahan tradisi dalam perlembagaan iaitu pemerintahan beraja,agama Islam,kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera sabah&Sarawak serta bahasa Melayu. Didalam perlembagaan Malaysia Perkara 38 – kuasa Majlis Raja-Raja, menyebut bahawa sistem beraja masih kekal tetapi sistem yang digunakan adalah sistem raja berpelembagaan bukan lagi menggunakan kuasa raja mutlak. Agama Islam diangkat menjadi agama persekutuan. Ianya dapat diselusuri melalui Perlembagaan Malaysia Perkara 3 Ceraian(1) yg menegaskan agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

Seterusnya,kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah&Sarawak disebutkan didalam Perkara 150(a) – kedudukan agama Islam, adat istiadat, kewarganegaraan bagi org Melayu & bumiputera Sabah dan Sarawak serta Perkara 153 – kedudukan istimewa org Melayu . Dimana, kuasa Majlis Raja-raja yang bertanggungjawab dalam menjaga hak-hak keistimewaan orang melayu tersebut begitu hak bumiputera Sabah&Sarawak yang dilindungi oleh kuasa Yang-Dipertua Negeri-Negeri. Yang terakhir, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi atau kebangsaan didalam perlembagaan Malaysia. Perkara 152 – Bahasa Kebangsaan (B.Melayu) dimana bahasa melayu digunakan didalam segala urusan-urusan rasmi kerajaan. Dengan itu, Unsur-unsur tradisi didalam perlembagaan Malayisa ini dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sbg isu-isu sensitif yg dilarang drp dijadikan isu perbincangan awam.

Fana Nabir said...

Terdapat 4 unsur-unsur atau ciri ciri pemerintahan tradisi dalam perlembagaan iaitu pemerintahan beraja,agama Islam,kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera sabah&Sarawak serta bahasa Melayu. Didalam perlembagaan Malaysia Perkara 38 – kuasa Majlis Raja-Raja, menyebut bahawa sistem beraja masih kekal tetapi sistem yang digunakan adalah sistem raja berpelembagaan bukan lagi menggunakan kuasa raja mutlak. Agama Islam diangkat menjadi agama persekutuan. Ianya dapat diselusuri melalui Perlembagaan Malaysia Perkara 3 Ceraian(1) yg menegaskan agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.
Seterusnya kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah&Sarawak disebutkan didalam Perkara 150(a) – kedudukan agama Islam, adat istiadat, kewarganegaraan bagi org Melayu & bumiputera Sabah dan Sarawak serta Perkara 153 – kedudukan istimewa org Melayu . Dimana, kuasa Majlis Raja-raja yang bertanggungjawab dalam menjaga hak-hak keistimewaan orang melayu tersebut begitu hak bumiputera Sabah&Sarawak yang dilindungi oleh kuasa Yang-Dipertua Negeri-Negeri. Yang terakhir, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi atau kebangsaan didalam perlembagaan Malaysia. Perkara 152 – Bahasa Kebangsaan (B.Melayu) dimana bahasa melayu digunakan didalam segala urusan-urusan rasmi kerajaan. Dengan itu, Unsur-unsur tradisi didalam perlembagaan Malayisa ini dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sbg isu-isu sensitif yg dilarang drp dijadikan isu perbincangan awam.

p/s: saya lupa nak letak id num..
NURFARHANAH BINTI NABIR
ME086260
SEC: 01