Thursday, December 17, 2009

Program Bahasa Jepun di IKAL

Pada 16/12/2009 telah berlangsung majlis perasmian dan pelancaran serta perjanjian persefahaman antara Uniten dan Teikyo Universiti. Melalui persefahaman ini IKAL, Uniten akan menyediakan pelajar di peringkat asas pengajian Jepun di Uniten dan dihantar ke beberapa Universiti Terpilih di Jepun dalam pelbagai bidang. Program ini hampir sama dengan apa yang telah diwujudkan di Universiti Malaya melalui Pusat Asuhan Jepunnya. Dan inspirasi dari program tersebutlah menjadikan Uniten juga berminat untuk terlibat dengan penyediaan program asas pelajar ke Jepun.

Pada majlis tersebut Duta Jepun ke Malaysia telah dijemput sebagai perasmi program. Yang menariknya duta Jepun ini telah menyampaikan ucapannya dalam bahasa Malaysia. Dan beliau amat berminat untuk mendalami bahasa Malaysia dengan lebih sempurna. Di samping itu kepekaan beliau terhadap lirik lagu Uniten juga harus dipuji. Semasa ucapannya beliau telah beberapa kali mengulang balik beberapa baris lirik lagu Uniten sebagai kata-kata semangat bagi dirinya.

*Pengetahuan tentang bahasa adalah kebijaksanaan manusia mengurus otak. Lagi banyak bahasa yang kita tahu bermakna semakin bijak kita mengurus otak kita. Kerana bahasa itu jiwa kita.

Tuesday, December 8, 2009

Perlukah Pelajar diMotivasi? (2)


Pelajar adalah manusia yang belajar. Kelompok ini terdiri daripada golongan yang terpilih yang belajar secara formal di satu-satu institusi pembelajaran. Mereka akan memilih satu bidang khusus yang relevan dan sesuai dengan kehendak hati mereka. Atau memilih bidang yang menjadi kehendak hati ibubapa mereka. Atau bidang yang menjadi kehendak hati pasaran pekerjaan sekarang. Atau persekitaran kehidupan mereka yang memaksa mereka memilih satu-satu bidang tersebut.


Motivasi pelajar pasti berbeza berdasarkan apa matlamat pembelajaran mereka sebenarnya. Ada pelajar berharap setelah tamat belajar akan dapat menjawat satu jawatan yang hebat dan mampu membalas kembali jasa ibubapa mereka. Pelajar ini kemungkinan besar akan bersemangat untuk menghabiskan pengajian. Atau ada pelajar yang sekadar memenuhi masa lapang dari duduk saja di rumah dan datang ke tempat pembelajaran hanya untuk suka-suka. Untuk bersosial sahaja. Walau bagaimanapun kelompok ini mungkin sedikit. Saya pasti pelajar kini tidak kira dari latar keluarga senang , sederhana atau susah kebanyakannya belajar dengan satu matlamat yang jelas.


Tetapi kenapa pelajar masih perlu dimotivasikan?


Terdapat banyak halangan dan gangguan yang mengganggu pelajar di sepanjang perjalanan menuju ke puncak kejayaan. Terlalu banyak sehingga ada pelajar yang tewas dan tidak mampu untuk berdiri kembali. Jika kuat mereka mampu menangkis dan cuba bertatih, berjalan dan berlari kembali.


Kawan, persekitaran, suasana, masa, keluarga, pensyarah, universiti adalah antara punca yang menjadi tembok dan halangan yang akan menggangu pelajar. Bagaimana?


bersambung...

Monday, December 7, 2009

Perlukah Pelajar Dimotivasi?

Jumaat lepas (4/12/2009) saya terlibat sebagai trainer untuk program PEEP. Satu program untuk memotivasikan pelajar. Program ini pada asasnya disediakan untuk pelajar yang bermasalah dengan keputusan peperiksaan. Target peserta adalah dari kalangan pelajar yang dibawah pemerhatian atau mempunyai CGPA di bawah paras bahaya (1.0 ke bawah).

Walau bagaimanapun jumaat lepas peserta yang datang bukanlah dari kalangan pelajar yang bermasalah. Tetapi pelajar tahun asas yang terdiri daripada pelajar cemerlang. Cuma 2-5 orang sahaja pelajar yang bermasalah.

Program ini adalah program sukarela. Pesertanya cuma dicadangkan supaya menghadirinya. Tiada kesan sampingan berupa denda dan sebagainya jika tidak hadir. Ia adalah inisiatif pelajar sendiri sama ada mahu hadir atau sebaliknya. Oleh itu apabila perserta yang datang itu dengan jumlah yang kecil saya tertanya-tanya apakah pelajr memerlukan motivasi sebenarnya?

Perlukah pelajar dimotivasi? Adakah pelajar kita kurang bermotivasi? Kenapa result peperiksaan pelajar merosot? Apa masalah sebenarnya? Apa? Kenapa? Bagaimana? Dan... Macam-macam soalan lagi berkeliaran...

bersambung...?

Tajuk 1 (MASB113): Sejarah dan Politik

satu

Tajuk ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan sistem pentadbiran yang pernah dugunapakai oleh pentadbir di Kepulauan Melayu (Nusantara). Bermula dengan zaman kerajaan pertama yang maju dan berjaya di Kepulauan Melayu seperti Kerajaan Srivijaya, kemudian diikuti dengan Kerajaan Majapahit dan diteruskan dengan Kerajaan Melayu Melaka, seterusnya Kerajaan Islam Acheh. Walau bagaimanapun kursus ini hanya akan memberi fokus yang lebih kepada Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan lain hanya akan disentuh secara sepintas lalu sahaja.

Bagi pelajar, untuk memberi kefahaman yang lebih tentang skop pembelajaran ini adalah lebih baik meneliti susur galur sejarah ini dari awal. Ini akan memberi kefahaman yang lebih jelas dan teratur. Kerana setiap satu perkara yang berlaku itu mempunyai kaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh pengasas Kerajaan Melayu Melaka, Parameswara adalah berasal dari keturunan Kerajaan Srivijaya- yang meneruskan sistem kerajaan Melaka menggunakan sistem yang hampir sama dengan Kerajaan Srivijaya.

Tajuk ini mempunyai frame masa yang agak panjang, iaitu dari tahun 1400-an - 1900-an. Tetapi tidak semua perkara yang berlaku dan dicatatkan dalam tempoh tersebut akan disentuh. Kursus ini hanya akan zoom kepada bentuk pentadbiran yang digunapakai sahaja. Serta beberapa perkara penting yang relevan dengan topik sejarah dan politik.

Thursday, December 3, 2009

Jadual waktu pembelajaran sesi 2009/10 semester 2

Isnin MASB113 (SEC.5) 2-4PM BM-0-002

Selasa MASB113 (SEC.5) 2-3PM BA-4-015
MASB113 (SEC.2) 4-6PM BM-0-002

Rabu MASB113 (SEC.6) 11-1PM BW-G-R19
MASB113 (SEC.1) 4-5PM BM-0-002
MASB113 (SEC.2) 5-6PM BM-0-002

Khamis MASB113 (SEC.6) 12-1PM BW-G-R21
MASB113 (SEC.1) 4-6PM BM-0-002

semester baru di Uniten


Minggu ini adalah minggu pertama sesi pembejaran di Uniten bagi semester 2 sesi 2009/10. Seperti biasa di awal semester ini pelajar masih lagi dalam proses tambah dan kurang mata pelajaran. Kelas masih lagi tidak mencapai kehadiran yang penuh seperti yang didaftarkan. Walau bagaimanapun kelas tetap berjalan seperti biasa. Tetap mengikut jadual yang telah disediakan.


Semester ini saya mengendalikan 4 section bagi subjek Pengajian Malaysia. iaitu section 1,2, 5 dan 6. Pengurangan bilangan maksimum pelajar bagi semester kali ini telah menyebabkan banyak section telah dibuka. had maksimum pelajar bagi satu section kali ini hanya 60 orang sahaja. Ini bagi memberi ruang yang lebih kepada pensyarah dan pelajar berinteraksi dengan lebih efisyen. Jika sebelum ini satu section menjangkau sehingga 120 pelajar menyebabkan pensyarah kadang-kadang tidak sempat mengenali dengan lebih dekat pelajar-pelajarnya.


Thursday, November 12, 2009

Empat hari bercuti di Seremban telah menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh sebelum ini. Selama waktu tersebut sempat saya siapkan kertas kerja untuk Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009 di Ipoh 22-24 December nanti.

Pada seminar tersebut saya akan membentangkan kertas kerja bertajuk 'Guru Mesra Murid: Penilaian Umum dari Perspektif Bakal Guru'

Kertas kerja ini banyak membincangkan berkaitan penerapan konsep komunikasi interpersonal berkesan dalam pengajaran di sekolah.

Friday, September 11, 2009

ramadhan dan aidilfitri

syukur kepada-Nya tahun ini masih lagi berkesempatan kita berada di bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan, ramadhan. bulan yang istimewa ini pastinya kita mampu memanfaatkannya sepenuh dan sebaiknya. kita pasti memenuhi sepanjang bulan ini dengan aktiviti yang berkesan untuk diri kita dan orang-orang di sekitar kita.

ramadhan adalah pentas ujian sebenarnya. masa untuk kita menghadapi peperiksaan yang besar dalam hidup. berjaya atau gagal kita menghadapinya akan mempengaruhi kehidupan kita 11 bulan yang lain. sepanjang bulan ini kita diuji dengan pelbagai keadaan sama ada kepada fizikal atau pun mental. badan kita lesu kerana berlapar. mental juga diuji dengan dugaan kerohanian. akhlak yang baik dan patuh pastinya tidak menghadapi masalah menghadapinya. oleh itu jika kita berjaya menghadapi hari-hari sepanjang bulan ini sesungguhnya kita telah berjaya mengumpul dan mendidik diri kita, akhlak kita, fizikal kita dengan kekuatan yang mampu untuk kita kuat di 11 bulan yang lain.

diakhir ramadhan kita dihadiahkan dengan satu pesta kekeluargaan yang penuh bermakna. bermakna jika kita berjaya dalam ujian di bulan ramadhan. jika gagal kita akan rasa sama saja sambutan hadiah ini. sama seperti sambutan hari ulangtahun kelahiran kita atau sambutan hari kemerdekaan negara kita. walau bagaimanapun kita akan puas dan bahagia bila kita berjaya sepanjang ramadhan. kita akan rasa kelainan menyambut hadiah aidilfitri yang disediakan untuk kita. kelainan tentang perasaan dan ketenangan walaupun kita tidak dibaluti dengan pakaian yang mahal dan baru.

salam aidilfitri. moga kita mampu mendapat kelulusan yang cemerlang dalam ujian ramadhan pada tahun ini. kerana ramadhan tahun depan belum tentu kita akan menemuinya.

Tuesday, July 14, 2009

azam baru

semester baru telah bermula di Uniten. minggu ini telah masuk minggu kedua kelas bermula. semester ini saya ditugaskan mengendalikan tiga kelas. iaitu dua kelas Malaysian Studies dan satu kelas Bahasa Melayu Korporat. ini adalah yang terkini. pada peringkat awal pendaftaran pelajar saya telah diletakkan sebagai pensyarah bagi kursus Pendidikan Moral 1 dan 2. termasuk dua kelas Bahasa Melayu Korporat. walau bagaimanapun, setelah selesai proses pendaftaran saya perlu mengendalikan dua kelas Malaysian Studies dan satu Bahasa Melayu Korporat. untuk semester akan datang mungkin saya hanya akan mengendalikan kursus Malaysian Studies sahaja, ini sesuai dengan pelantikan yang baru saya terima iaitu sebagai Penyelaras Subjek Malaysian Studies di Uniten.

bermula semester ini saya akan cuba memanfaatkan blog ini untuk kegunaan pelajar-pelajar saya. mungkin saya akan sertakan nota-nota kuliah di sini untuk tatapan mereka. sedikit perubahan kepada tugasan subjek MS ini juga akan diperkenalkan pada semester ini.

harapan saya pelajar-pelajar saya akan mendapat manfaatnya.