Monday, October 29, 2012

Nota 1-3 MASB113

http://db.tt/s8zI4dn3
Klik pada link di atas untuk download nota.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 28, 2012

RAYA YANG AKU RASA

Raya Korban biasanya tidak semeriah hari Raya Puasa. Namun cuti tetap juga bercuti. Aktiviti balik kampung tetap juga serupa. Pakaian raya masih juga sama. walaupun tidak seghairah raya puasa.

Waktu cuti dimanfaatkan dengan ziarah menziarahi keluarga dan taulan. Sama ada yang jauh, dekat serta saudara terdekat atau bau bau bacang. Rakan sekerja, sahabat lama, teman sejiran, atau kenalan sepermainan. Semuanya dikunjungi dan dirai.

Banyak perkara boleh dipelajari daripada cuti  ini. Hubungan kekeluargaan, semangat kejiranan, dan keutamaan sebenar di musim perayaan.

Ramai orang menggunakan tempoh perayaan ini untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga yang telah lama berjauhan. Namun tidak kurang juga berlaku kerenggangan hubungan tersebut di musim perayaan. Sikap tidak mudah memafkan orang lain, ego, dendam, kecil hati, ambil hati, sensitif, bangga diri antara sikap yang menyumbang kepada renggangnya hubungan kekeluargaan. Masing-masing menggunakan hari raya sebagai medan untuk menjadikan diri sebagai orang yang 'paling' dalam keluarga. Iaitu paling hebat, paling bergaya, paling berada, paling pemurah dan berbagai paling lagi sehingga menampakkan dirinya seperti sombong dan riak.

Begitu juga semangat kejiranan yang semakin kurang dibajai. Tumpuan yang lebih kepada anak-anak dan keluarga sehingga lupa semangat kejiranan.

Sebenarnya budaya mengagungkan materialistik ini telah membunuh keindahan sambutan hari raya yang murni. Ramai orang menggunakan tempoh perayaan ini sebagai medan mempamerkan keberadaan masing-masing sehingga lupa semangat dan kesucian hari raya yang sebenar.

Hendaknya kita sentiasa menggunakan peluang ini untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara kita. Kasih sayang anak dan ibubapa, kasih sayang adik-beradik, saudara mara, sahabat handai serta jiran tetangga.

Tidak salah jika kita berkereta baru. Jika kita berpakaian mahal. Jika kita berlagak seperti jutawan yang pulang dari kota. Tetapi pastikan kemewahan kita itu adalah selari dengan kemampuan sebenar kita. Jangan hanya kerana sambutan hari raya kita menimbulkan masalah lain selepas hari raya. Berayalah semampu yang kita ada. Berlagaklah seupaya yang kita mampu. Walau apapun kita, jangan sambutan ini menjadi medan wujudnya pelbagai rasa negatif dalam kalangan ahli keluarga.