Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Kesan Perjanjian Pangkor kepada sistem pentadbiran negara

Perjanjian Pangkor adalah antara perjanjian yang termeterai di antara pembesar Melayu dengan British di Tanah Melayu. Ia menjadi antara dokumen perjanjian yang penting dan berpengaruh terhadap keseluruhan sistem pentadbiran negara hingga kini. Termeterainya perjanjian ini bermakna bermula pengaruh sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.
Perubahan dasar tidak campurtangan British pada mulanya telah berubah kepada dasar campurtangan dalam pentadbiran bermula di Perak. Secara dokumentasinya Perjanjian Pangkor bermakna sistem pentadbiran yang diketuai oleh Sultan dan Pembesar Melayu sebelum itu telah berpindah ke tangan Residen British. Pembahagian kuasa pentadbiran antara Sultan dan Residen British ini membuka ruang kepada British untuk melaksanakan sistem pentadbiran yang terpisah antara Sultan dan Residen.
Sultan hanya terhad kepada hal ehwal agama Islam dan adat Melayu sahaja. Manakala Residen akan bertanggungjawab terhadap pentadbiran negeri. Sistem ini diaplilasikan sehingga kini. Pembahagian kuasa antara Sultan dan Residen / Menteri Besar kini adalah bermula dari termeterainya perjanjian ini.

Wednesday, October 19, 2011

note: topik 2 - intro

http://www.mediafire.com/?1rmmywpkqaspayd

click pada link untuk download

meraikan perbezaan


Dalam negara yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, pastinya memerlukan komitmen yang tinggi dari segenap warganya untuk saling bertoleransi. Kerjasama antara semua warga seharusnya tidak dibatasi oleh perbezaan ini.
Di Malaysia, suasana masyarakatnya amat unik dan istimewa. Dengan kepelbagaian tersebut kita dapat sama-sama gembira dan menerima seadanya keadaan di negara ini. Walau apa isu dan peristiwa yang timbul semua rakyat akan menerima dan mengatasinya dalam semangat kekitaan dan kebersamaan.
Semua perayaan setiap kepercayaan yang ada di Malaysia akan diraikan bersama. Setiap warga akan gembira dengan hari kebesaran warga yang lain. Baik Hari Raya, Tahun baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya akan diraikan secara bersama. Kegembiraan akan dikongsi secara bersama, cutinya akan diisi bersama.
Keharmonian inilah yang harus dipelihara oleh setiap warga Malaysia. Generasi baru Malaysia pastinya mempunyai cabaran yang besar untuk memikul tanggungjawab ini. Apakah faktor utama yang boleh menjadikan Malaysia sentiasa harmoni? Semua perbezaan agama, adat budaya dan cara hidup ini dapat diterima dan dihormati sesama kita? Resipinya adalah kebersamaan meraikannya.
marilah kita bersama meraikan perbezaan ini. Bagaimana? saling menjaga hak masing-masing dan menghormati hak orang lain!

selamat deepavali!

Tuesday, October 11, 2011

Penubuhan Malaysia dan Reaksinya

Tunku Abdul Rahman Putra telah mencadangkan penubuhan Malaysia dalam satu ucapan di Singapura pada 27 Mei 1961. Dalam ucapan tersebut, Tunku telah menjelaskan tentang faedah-faedah yang bakal diperoleh oleh negeri-negeri yang menganggotainya.
Cadangan penubuhan itu telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dari banyak pihak terutamanya negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun negeri-negeri yang terlibat dalam cadangan penggabungan tersebut seperti Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak pada dasarnya menyambut baik cadangan tersebut.
Namun begitu, Brunei pada saat-saat akhir telah menarik diri sebelum perisytiharan Persekutuan Malaysia berlangsung. Singapura pula menimbulkan masalah selepas menganggotai Malaysia. Tidak kurang juga tentangan daripada Filipina.
Negara Filipina menimbulkan masalah dengan membuat tuntutan ke atas negeri Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
Manakala Indonesia tidak menyokong penubuhan Malaysia kerana presidennya, Sukarno mempunyai agendanya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman Putra dan rakan-rakannya (para pemimpin tempatan yang lain)telah dapat mengatasi semua rintangan dan penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963.

Sunday, October 9, 2011

Syarat-syarat Utama dalam Malayan Union

1. Semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah Pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
2. singapura dikeluarkan dari Persekutuan dan dijadikan tanah jajahan Mahkota yang juga di bawah seorang Gabenor British
3. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara dalam hal berkaitan agama Islam sahaja
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambilkira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas serta telah menetap selama 10 tahun di Tanah Melayu. warganegara juga akan diberi kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah Melayu selepas pengenalan Malayan Union.


Latihan:
Bincangkan kesan pengenalan syarat-syarat ini terhadap tahap kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan sekitar tahun 1940-an.
(tinggalkan pendapat anda di bahagian comment di bawah)

Friday, October 7, 2011

notice

makluman kepada semua pelajar MASB113:
Kelas hari khamis 6/10/2011 akan diganti pada masa yang akan dibincangkan di dalam kelas kemudian.

Tuesday, October 4, 2011

The Resident System

The Resident System became the strategy used by the British to assume complete control over the Malay States. With the implementation of the Resident system, the British now had complete control over the Malay States in all aspects, especially administration and economy, without bearing the costs and responsibilties involved. Through the Resident system, the British ruled through existing political institutions which even retained their names. Resident also hoped to use these institutions and gradually change them.
The Resident who were all powerful did not work well with the Sultans and the local ministers. In Perak, anger towards the Resident culminated in the murder of the first Perak resident, J.W.W.Birch, in 1875. This was caused by the Resident not having proper guidelines, acting on their own accord, for their own interests.
To regain the support of the local community, the Britsh in Perak introduced the State Council. This Council consisted of Rajas, Residents, Malay ministers and Chinese representatives. The formation of this council successfully restored the situation in Perak. The British soon introduced it in other states.

Friday, September 30, 2011

3 PERJANJIAN PENTING YANG MELIBATKAN BRITISH DI TANAH MELAYU

British adalah antara kuasa barat yang berjaya menguasai Tanah Melayu selepas Portugis dan Belanda. Berbanding dengan Portugis dan Belanda, British mempunyai tempoh masa yang singkat sahaja semasa di Tanah Melayu. Namun kesan sistem pentadbiran yang digunapakai sepanjang pentadbirannya dapat dirasai hingga kini.
British mula menguasai Tanah Melayu secara rasminya apabila termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824. Bermula daripada itu British berjaya menguasai ekonomi di TM.
Kemudian perjanjian yang kedua penting adalah Perjanjian Pangkor. Perjanjian yang melibatkan wakil daripada British. Sultan, ketua kongsi gelap dan pemimpin tempatan di Perak. Kepentingan Perjanjian ini adalah kerana ia bermakna bermulanya campurtangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Jika sebelum itu British mengamalkan sikap dasar tidak campurtangan dalam urusan pentadbiran, dan hanya memberi tumpuan kepada ekonomi dan perdagangan yang dimonopoli oleh pedagang dari British. Campurtangan dalam urusan pentadbiran ini merebak dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Termeterainya perjanjian ini bermakna bermulanya amalan Sistem Residen di negeri-negeri di TM.
Perjanjian seterusnya adalah Perjanjian Bangkok 1909. Perjanjian ini termeterai antara British dan kerajaan Siam. Iaitu persetujuan kerajaan Siam untuk menyerahkan wilayah jajahannya kepada British. Dengan alasan sumber kewangan yang mendesak, Siam menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British. Dengan termeterainya perjanjian itu, British telah menggabungkan ke4 empat negeri tersebut berserta negeri Johor menjadi Negeri Melayu Tak Bersekutu. Sistem yang digunapakai di negeri ini berbeza dengan apa yang diamalkan di negeri Melayu Bersekutu.

Wednesday, September 28, 2011

Malacca

In 1396, a Sumatran prince by the name of Parameswara fled his country out of fear of the attacking Majapahit Empire. Landing in Temasek, he killed the local ruler and established himself over the island that is now known as Singapore. A few years later, he was driven out by a Thai-controlled army and once again, was left scouting for a new piece of land.
Eventually, he moved up the West Coast of Malaysia and founded Malacca. Legend says that he was resting under a tree when he saw a mouse deer kicking his hunting dogs into the river and they attacked it. Declaring the place to be auspicious, he decided to set up shop and named the place after the tree he was resting under Melaka.
Eventually, Parameswara converted to Islam in 1414 and adopted the title of Sultan. Malacca was also growing into an entrepot hub for traders from across Asia, notably India, Arabia and China. Many Chinese migrants settled here during this time, establishing the Peranakan culture for the future. Parameswara died in 1424 and was succeeded by his son.
Eventually, the Siamese attempted to conquer Malacca, but their efforts were repelled successfully. To protect their territory, Malacca established contact with the Chinese empire through the explorer Zheng He, culminating in the marriage of Sultan Mansur Shah and Hang Li Poh, either a Chinese princess or concubine that remains a hot topic for debate till today.

Tuesday, September 27, 2011

Pentadbiran KMM

Kesultanan Melayu Melaka (KMM) mempunyai pentadbiran yang paling tersusun di zaman kegemilangannya iaitu sekitar1400an. Kedudukan yang paling tinggi sekali dalam sistem pentadbiran KMM adalah Sultan yang bergelar Yang di Pertuan. Namun gelaran ini berubah setelah pemerintah Melaka mula memeluk agama Islam gelaran untuk raja dipanggil Sultan juga Syah.
Menurut para sarjana, Sultan Megat Iskandar adalah raja yang pertama memeluk Islam.
Sistem pentadbiran yang digunapakai di KMM disebut juga Raja Mutlak iaitu kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.
Kedudukan dan hak raja dikaitkan dengan beberapa konsep yang menjadi amalan masyarakat ketika itu seperti konsep 'taat setia' , 'derhaka' , 'daulah' 'tulah' dan 'nobat'. Dari konsep-konsep ini juga lahir keadaan atau identiti diraja seperti alat kebesaran dan bahasa istana. Keadaan ini telah diwarisi hingga ke hari ini walaupun tidak sepenuhnya.

Wednesday, September 21, 2011

nation

World Book Dictionary defines nation as “the people occupying the same country, united under the same government, and usually speaking the same language”. Another definition is that nation is a “sovereign state.” It also says nation can refer to “a people, race, or tribe; those having the same descent, language, and history.”

Tuesday, September 20, 2011

Unsur Sejarah dalam Subjek Pengajian Malaysia

Subjek Pengajian Malaysia adalah antara matapelajaran wajib bagi pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Subjek ini telah diwajibkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai subjek wajib dipelajari dan wajib lulus, sebagai syarat untuk dianugerahkan ijazah dalam pelbagai bidang.
Kebayakan pelajar yang mengikuti kursus ini akan terarah untuk memberi nilai sejarah dan mengkelaskan subjek ini sebagai subjek sejarah. Kerana terdapat beberapa tajuk yang melibatkan fakta-fakta sejarah. Walaupun subjek ini sebenarnya lebih tertumpu kepada keadaan dan isu-isu Malaysia yang terkini.
Dengan melabelkan subjek ini sebagai subjek Sejarah menyebabkan terdapat sebilangan pelajar yang 'fobia' dengan istilah sejarah. Bagi kumpulan ini subjek sejarah merupakan salah satu matapelajaran yang susah kerana melibatkan fakta tentang tarikh, nama tempat, nama tokoh dan sebagainya.
Pengajian Malaysia secara umumnya adalah subjek yang mendedahkan pelajar kepada maklumat berkaitan Malaysia dari segi sistem pentadbirannya, aktiviti ekonomi, sosial dan isu-isu semasa yang melibatkan masyarakat secara keseluruhannya.
Oleh itu setiap pelajar yang mengikuti matapelajaran ini perlu sentiasa peka dengan setiap isu yang berlaku di Malaysia, sama ada isu berkaitan aspek politik, sosial, ekonomi, sukan dan sebagainya.
Ringkasnya, unsur sejarah yang terdapat dalam subjek Pengajian Malaysia adalah satu unsur yang diintegrasikan dengan isu terkini bagi memberi kefahaman yang jelas berkaitan Malaysia kepada pelajar.

Monday, September 19, 2011

Kerjaya dan Pemilihan Subjek di Universiti

Di Malaysia sistem pendidikan yang dilalui oleh pelajar-pelajarnya tidak banyak membantu dalam menentukan halatuju kerjaya pelajar di masa hadapan. Sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan telah menjadikan semua pihak tertumpu kepada kecemerlangan peperiksaan. Bilangan A yang berjaya dikumpul oleh setiap pelajar menjadi ukuran kejayaan dan kegagalan setiap pelajar. Tumpuan yang berlebihan terhadap A dalam peperiksaan telah melahirkan pelajar yang terikat dengan fakta yang dipelajari, dihafal dan berjaya diterjemahkan dalam bentuk jawapan peperiksaan. Oleh itu bukan sesuatu yang luar biasa apabila pelajar yang cemerlang bilangan A nya dalam peperiksaan tetapi tidak cekap berkomunikasi isu diluar daripada fakta yang ditekuni.
Walaupun mutakhir ini pihak yang bertanggungjawab berkaitan hal pendidikan mula membuat beberapa perubahan dengan menerapkan elemen soft skill yang amat diperlukan di alam kerjaya.
Antara sebab utama berlaku peningkatan jumlah graduan menganggur di Malaysia berpunca daripada kelemahan kemahiran komunikasi, maklumat semasa dan seumpamanya. Dan lebih mendukacitakan termasuk dalam statistik penganggur ini ialah graduan yang cemerlang di universiti.
Pemilihan kursus dan subjek di universiti tidak memberi pengaruh yang besar dalam kejayaan mendapatkan kerjaya yang baik. Tetapi kebijaksanaan menggunakan kelebihan ilmu yang dipelajari di universiti yang akan membezakan kejayaan seseorang di alam kerjaya.

Friday, September 16, 2011

Kepemimpinan Politik Gender

Terdapat perbezaan antara makna gender dan jantina. Gender bermakna perbezaan fizikal dan sifat di antara lelaki dan wanita. Makna gender ini juga banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Iaitu nilai dan norma sesebuah masyarakat. Jika masyarakat tersebut memberi nilai lemah lembut, sopan santun, berjiwa keibuan kepada wanita maka nilai tersebut adalah perbezaan gender antara lelaki dan wanita dalam masyarakat tersebut.

Manakala jantina pula secara langsung membawa maksud perbezaan antara lelaki dan wanita dari aspek fizikal sahaja. Iaitu keadaan fizikal wanita dan lelaki dari aspek biologikal. Perbezaan tubuh badan dan kelamin.

Kepemimpinan berasaskan gender pula adalah satu kajian berkaitan pemimpin yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang pastinya mempunyai perbezaan dalam cara dan gaya kepemimpinannya. Gaya kepemimpinan ini banyak juga dipengaruhi oleh perbezaan gender. Secara umumnya kepemimpinan berasaskan gender telah melahirkan variasi gaya kepimpinan yang rencam sifatnya.

Kepemimpinan politik yang berasaskan gender adalah satu perkara yang menarik untuk dilihat. Huraian makna kepemimpinan pastinya berbeza jika dilihat dari sudut gender. Begitu juga gaya kepemimpinan yaang diaplikasikan oleh lelaki dan wanita dalam bidang politik.

Thursday, September 15, 2011

Political Leadership

Bolman dan Deal (2006) telah mendefinisikan kepemimpinan politik sebagai kepemimpinan yang berperanan merealisasikan eleman kuasa dan autoriti ketika memimpin, hal ini dijelaskan melalui model integrasi kepemimpinan yang diperkenalkan oleh mereka. Menurut mereka pemimpin juga menggunakan strategi dalam kepemimpinan politik untuk mengurus organisasi seperti membina rangkaian, meraih sokongan, melakukan tawar-menawar serta perundingan dalam mancapai matlamat. Selain itu Bolman dan Deal (2003) juga menegaskan bahawa pemimpin akan menggunakan kepemimpinan politik semasa membuat keputusan dan meyelesaikan masalah organisasi. Bagi mereka kepemimpinan politik perlu bersedia untuk menghadapi cabaran organisasi dengan menganggap organisasi sebagai satu arena untuk menguasai sumber yang terhad serta eleman kuasa dilihat sebagai sumber utama kepada pemimpin untuk menyebarkan pengaruh di kalangan pengikutnya. Semasa menyelesaikan masalah organisasi, pemimpin kerap menggunakan kemahiran politik untuk meraih sokongan, melakukan perundingan, membina hubungan, mewujudkan penyatuan dengan staf dan menjana hubungan dengan individu berpengaruh serta institusi sekitar yang mampu membantu perkembangan kepemimpinannya.

Tuesday, September 6, 2011

UM kembali dalam ranking 200 universiti terbaik dunia

Beberapa tahun dulu semasa bertugas di Universiti Malaya (UM), universiti ini pernah tercatat sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia berdasarkan QS World University Rankings. Selepas itu kedudukan UM dalam ranking universiti dunia terus menjunam.

Pada tahun 2010 UM termasuk dalam kedudukan 207 dalam ranking tersebut. Namun pada 2011 UM kembali kepada kedudukan 167 terbaik dunia. Dan merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang tercatat dalam kedudukan 200 terbaik. UKM (279), USM (335), UPM (358), UTM (401-450), UIA (451-500), UiTM (601+).

Ranking ini dinilai berdasarkan sumbangan setaip ahli universiti (akademik, pelajar dan kakitangan pentadbiran) kepada pembangunan pengajaran dan penyelidikan universiti. Mungkin bagi sesetengah pihak kedudukan dalam ranking ini tidak memberi makna apa-apa kepada sesebuah universiti. Atau ada juga yang prejudis berkaitan ranking ini dengan mengatakan nilai seseorang graduan bukan semata-mata diukur dari kedudukan ranking universiti yang menganugerahkan. Memang, nilai graduan biasanya diukur dari aspek kemahiran dan kebijaksanaan graduan tersebut menterjemahkan ilmu yang dipelajari ke alam pekerjaan/ kerjaya. Namun graduan dari universiti ternama biasanya akan berbeza cara pembawaannya berbanding yang lain.

Harapan, kejayaan UM ini bukan sahaja dilihat sebagai satu isu yang perlu dipolemikkan. Kejayaan ini seharusnya dilihat secara positif. Sebagai salah satu cara kita menilai mutu pendidikan tinggi di Malaysia. Bagi IPT lain jadikan kejayaan UM ini sebagai satu kayu ukur yang menjadi target peningkatan mutu pendidikan tinggi di negara kita. Peluang ini bukan sahaja untuk IPT milik kerajaan sepenuhnya, malah IPTS juga seharusnya berusaha untuk menempatkan diri antara institusi pendidikan tinggi terbaik di dunia.

Friday, August 26, 2011

ramadhan & raya

Pelajar muslim uniten akan menyambut raya setelah beberapa hari saja mereka selesai menduduki peperiksaan akhir semester 1 sesi 2011/12. Merayakan aidilfitri setelah selesai mengharungi minggu yang tegang dan mencabar pastinya menyeronokkan. Bagi pelajar lain menyambut kemerdekaan setelah berjaya menduduki final exam mempunyai kenikmatan tersendiri.
Ramadhan tahun ini terkandung didalamnya ujian untuk kesejahteraan dunia bagi para pelajar ini. Bertuah kerana dalam bulan yang penuh keberkatan ini pelajar boleh bersedia dengan suasana yang tenteram dan suci. Pastinya ketenangan itu akan mempengaruhi tumpuan terhadap pelajaran.
Sambutan raya dalam keadaan tenang akan memberi impak gembira yang maksimum. Harapannya kegembiraan itu tidak diakhiri dengan sedih dan sesalan.
Selamat aidilfitri & merdeka Malaysia!

Sunday, August 21, 2011

Penglibatan wanita 30%. Mampukah Malaysia

Bertahun lamanya pihak pentadbiran negara memperkenalkan dasar dan galakan untuk melibatkan golongan wanita dalam kumpulan pembuat dasar utama negara. Namun setiap tahun galakan ini perlu diperbaharui kerana masih belum mencapai matlamat yang dirancang. Apakah kesan kepada pembangunan negara apabila dadar ini masih belum tercapai? Sebenarnya pengenalan dasar ini ada pro dan kontranya. Ada pihak yang melihat dasar ini dari sudut positif dan ada sebaliknya. Positifnya ia akan memberi variasi dalam pentadbiran negara. Idea dari golongan wanita pastinya berbeza berbanding lelaki.
Namun jika dilihat dari sudut pembangunan keluarga mungkin terdapat sedikit masalah. Kerana golongan yang sepatutnya memberikan banyak masa dirumah terpaksa menghabiskan masanya di pejabat. Ini tentunya akan menimbulkan konflik dalam institusi keluarga. Jika dilihat dalam tempoh sekarang yang golongan wanita masih lagi belum mencapai target 30% tetapi institusi keluarga kita telah menghadapi pelbagi masalah. Walaupun masalah dalaminstitusi keluarga kini bukan 100% berpunca dari pengabaian ibubapa terhadapat anak-anak, tetapi ini merupakan faktor utama masalah tersebut.
Banyak lagi perlu dibincangkan berkaitan isu ini.

makna konsep

Globalisasi - secara umumnya globalisasi berkaitan dengan keadaan sesebuah negara atau tempat yang mampu medapatkan maklumat atau berkomunikasi secara pantas dan berkesan dengan seluruh dunia. Bagi sesebuah negara seperti Malaysia, globalisasi membawa makna keadaan negara yang perlu bersedia untuk sama-sama terlibat dengan pelbagai aktiviti yang menguntungkan negara dalam semua bidang termaduk ekonomi, sosial dan pendidikan.

Sunday, August 14, 2011

Tuesday, July 26, 2011

lamanya tak update posting...

semenjak sedikit sibuk dengan beberapa perkara sebelum ini menjadikan blog ini terbiar lebih 2-3 minggu. hampir sebulan blog tidak di update dengan posting yang baru. selepas terlibat dengan Persidangan Antarabangsa pengajaran dan pembelajaran anjuran Uniten, dalam masa yang sama perlu pula melawat ke beberapa buah IPTS untuk membuat audit MyQuest. selesai semua itu terbang pula ke Sabah untuk Seminar Kebangsaan Sejarah dan Geografi di Universiti Malaysia Sabah.

Minggu ini baru ada kelapangan untuk menulis semula.
beberapa tugas penting minggu ini sedang menanti untuk diselesaikan.

Wednesday, July 6, 2011

Makluman MASB113

kepada semua pelajar MASB113 yang mengikuti kelas saya boleh muat turun nota tajuk 1-3 pada post saya bertarikh 6/6/2011


terima kasih.

Sunday, July 3, 2011

Contoh jawapan

Salah satu simbol negara yang merdeka adalah bendera. Di Malaysia bendera telah dinamakan sebagai Jalur Gemilang. Bermula dengan perishtiharan kemerdekaan sehinggalah kini bendera telah menjadi lambang kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Jalur Gemilang telah digunakan dalam semua majlis rasmi negara. Semua aktiviti yang melibatkan masyarakat awam akan dimulakan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Sama ada acara berkaitan urusan kerajaan, aktiviti sukan atau kegiatan sosial semuanya akan dimulakan dengan mengibarkan bendera.

Bagi mewakili negara di semua aktiviti yang melibatkan negara akan dilambangkan dengan bendera. Semua warganegara akan diwakilkan dengan bendera sebagai lambang dirinya mewakili Malaysia, dengan membawa Jalur Gemilang.


Secara tidak langsung aktiviti seumpama ini akan mengeratkan warganegara sebagai satu kumpulan yang bersatu di bawah panji yang sama.

Selain daripada itu Jalur Gemilang juga yang membawa makna yang besar kepada rakyat Malaysia telah berperanan menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat apabila menjadi hanya satu lambang kebanggaan rakyat apabila berada di luar Malaysia.


Jalur Gemilang sebagai simbol rakyat Malaysia sebenarnya telah memainkan peranan yang besar dalam proses penyatuan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Walaupun peranan yang dimainkannnya tidak secara langsung namun peranan itu berjaya melahirkan rasa cinta warganegara terhadap negara Malaysia yang merdeka.

Friday, July 1, 2011

MASB113 - Latihan

Jalur Gemilang merupakan simbol negara yang menjadi kebanggaan seluruh warganegara Malaysia. Jelaskan peranan Jalur Gemilang sebagai simbol sebuah negara merdeka dalam proses perpaduan rakyat Malaysia.

Fikir Sama-sama...

Wahai anak-anakku!

Tiada kekayaan yang lebih bernilai daripada kesihatan dan tiada nikmat yang lebih utama daripada kebaikan jiwa.


Wahai anak-anakku!

Diam itu bijaksana tetapi sedikit pelakunya, pukulan bapa kepada anaknya bagaikan air bagi tanaman.


Wahai anak-anakku!

Tiga orang, tidak dapat dikenalinya melainkan pada tiga keadaan: Orang yang lemah lembut ketika marah, orang yang berani ketika berperang dan saudaramu ketika engkau berhajat (memerlukannya) dan mengharapkan pertolongannya.


Wahai anak-anakku!

Janganlah engkau memandang remeh perkara yang kecil itu, kerana perkara yang kecil itu besoknya akan menjadi besar.


Wahai anak-anakku!

Sesungguhnya kebijaksanaan itu meletakkan orang miskin di tempat raja-raja.

Monday, June 27, 2011

Rukun Negara



Setiap warganegara Malaysia perlu memahami setiap intipati yang disarankan melalui Rukun Negara. Bukan sahaja menghafal dan mengingatinya malah memahami setiap maksud dan prinsip yang terkandung di dalamnya. Kerana kesedaran sebagai warganegara hanya akan timbul apabila kita menghayati setiap bait dan pemilihan perkataan yang dimuatkan melalui Rukunegara.


Rukun negara adalah prinsip dan matlamat yang menjadi panduan kepada seluruh warganegara. Jika diteliti melalui pemilihan perkataan yang digunakan dalam rukun negara tersebut pastinya pelbagai pihak tidak lagi menghadapi masalah sosial berkaitan dengan warganegara Malaysia. Setiap baris rukun tersebut telah dikemukakan dengan pemilihan perkataan yang menarik dan penuh makna.


Kepercayaan kepada Tuhan: pastinya setiap warga negara mempunyai Tuhan masing-masing yang sentiasa menyeru kepada hambanya melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perbuatna yang tidak baik.


Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Perkataan setia membawa makna yang besar iaitu satu perasaan yang tidak berbelah bahagi terhadap seseuatu yang telah menjadi pilihan kta. Dalam konteks negara, kesetiaan kepada Raja dan Negara membawa erti yang mendalam iaitu sentiasa akan berbangga dengan segala pencapaian negara serta akan melindungi negara dari segala ancaman yang boleh merosakkan kedamaian negara.


Keluhuran Perlembagaan: perkataan luhur yang digunakan membawa makna rasa yang lahir dari lubuk hati yang mendalam. keluhuran perlembagaan bermakna setiap perkara yang digariskan melalui Perlembagaan adalah sesuatu yang perlu dihormati dan diamalkan.


Kedaulatan Undang-undang: setiap apa yang berlaku perlu dilakukan tanpa mengabaikan kedudukan undang-undang sebagai sumber panduan utama.


Kesopanan dan kesusilaan: Rasa hormat menghormati dan sentiasa menyedari bahawa setiap warganegara mempunyai hak yang sama tanpa perlu dibezakan dengan apa sekalipun. Oleh itu sifat kesopanan perlu diterapkan dalam segala urusan hidup tanpa dibatasi oleh warna kulit dan fizikal yang lain.

Sunday, June 26, 2011

MASB113: Tajuk 3 - Pembinaan Negara Bangsa



Bab ini akan menjurus kepada aspek sosial yang berlaku di Malaysia bermula dari tragedi 13 mei 1969 sehingga sekarang. Tragedi tersebut adalah kemuncak kepada permasalahan yang wujud dalam masyarakat. Masalah yang telah mula timbul lebih awal dari tarikh tersebut, namun tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya sehingga berlaku kemuncak kepada kekusutan kaum pada waktu itu.




Kesan daripada konsep dan sistem British mentadbir Tanah Melayu semasa zaman penjajahan telah memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran masyarakat tempatan khususnya kesan sosial. Pendidikan contohnya, British telah memperkenalkan sistem pendidikan berasaskan kaum. Pada waktu itu diwujudkan 4 jenis sekolah yang mewakili kumpulan-kumpulan masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Sekolah aliran Inggeris disediakan untuk kumpulan bangsawan yang terdiri daripada anak-anak pemimpin tempatan dan keluarga diRaja. Kumpulan ini diberi pendidikan berasaskan modul yang sama dengan pendidikan di UK. Lulusan dari sekolah ini juga akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Kumpulan seterusnya disediakan sekolah Melayu, iaitu sekolah yang berasaskan pendidikan pondok atau sekolah agama. Sistem pendidikan yang disediakan juga berdasarkan sekolah agama yang menekankan aspek keagamaan. Sisitem ini banyak dipengaruhi oleh sistem yang digunakan di Timur tengah. Sekolah aliran Cina dan Tamil juga diwujudkan bagi memenuhi sistem pendidikan kepada kumpulan masyarakat Cina dan India. Sistem sekolah ini pula diasaskan dari negara China dan negara India.


Dengan sistem pendidikan yang berbeza dan diajar menggunakan kaedah serta metod yang juga berbeza ini secara langsung telah mengasingkan pemikiran setiap kumpulan ini. Setiap kumpulan ini telah membangunkan persepsi yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Persepsi yang berbeza akhirnya telah mewujudkan perasaan prejudis terhadap kumpulan selain daripada kumpulan mereka.


Masyarakat di zaman British bukan sahaja diterapkan dengan sistem pendidikan yang berbeza, malah ditempatkan juga di kawasan yang berbeza. Pembangunan kawasan penduduk yang juga berasaskan kumpulan serta aktiviti ekonomi telah mengasingkan kumpulan penduduk ini. Kaum dilabel berdasarkan ekonomi telah menempatkan setiap kaum di kawasan yang berbeza. Melayu di kawasan kampung masing-masing dengan aktiviti ekonomi sara hidup. Masarakat Cina tertumpu kepada kawasan pembangunan ekonomi yang wujud berasaskan aktiviti ekonomi di zaman itu iaitu perlombongan bijih timah. Kawasan lombong ini akhirnya menjadi sebuah pekan dan bandar yang menempatkan pusat ekonomi yang sibuk. Masyarakat India pula kebanyakannya terlibat dalam sektor perladangan yang dibangunkan oleh pihak penjajah.


Keadaan penempatan yang berbeza, sistem pendidikan yang berbeza serta idealogi penjajah yang sentiasa berhasrat memisahkan setiap masyarakat di Tanah Melayu telah membuka ruang untuk masyarakat tidak bersatu. Penduduk di Tanah Melayu ketika itu tidak mempunyai peluang untuk berkomunikasi dan berhubung di antara satu sama lain. Dan perasaan ini terbawa-bawa sehingga negara merdeka. Di awal kemerdekaan pula pihak pemerintah tidak memberi tumpuan yang khusus kepada perpaduan masyarakat. Pemerintah lebih memberi tumpuan kepada isu keselamatan dan pembangunan ekonomi bagi negara yang merdeka. Kemuncak kepada permasalahan ini adalah tragedi 13 mei 1969.


Selepas tragedi tersebut pemerintah telah menyusun pelbagai dasar untuk perpaduan masyarakat. Dasar ini merangkumi semua aspek iaitu sosial dan pendidikan, ekonomi dan politik. dasar-dasar ini yang akan dibincang dalam topik 3 MASB ini.


Sila buat rujukan.

Thursday, June 23, 2011

Mengurus Kesibukan



Minggu yang sibuk dengan pelbagai tugasan. Keadaan yang sibuk kadang-kadang menjadikan kita lebih kreatif dan bijaksana. Kesibukan bermakna kita perlu menyelesaikan beberapa tugasan dalam waktu yang terhad. Jumlah masa yang sedikit dengan tugasan yang berlambak secara positifnya memerlukan kreativiti yang baik. Kegagalan menguruskan tempoh masa ini bermakna kita gagal menjadi seorang pengurus yang baik.


Ukuran masa sentiasa sama walau apa keadaan sekalipun. Masa tidak pernah berubah dari dulu hingga kini. Tetapi kerana kita semakin dihimpit kesibukan dan pelbagai urusan menjadikan masa dirasa semakin suntuk. Sedar atau tidak kita telah berada di pertengahan tahun, minggu dirasa semakin pantas, hari juga terasa kurang dari 24 jam. Ini semua kerana kita sering dihimpit dengan segala macam kesibukan.


Isnin, Selasa dan Rabu dipenuhi dengan penyertaan di Persidangan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran 2011, anjuran CFGS Uniten. Kesibukan sebagai jawatankuasa penganjur menyebabkan kelas MASB113 terpaksa ditunda. Namun pelajar turut diberi tugasan yang perlu diselesaikan tanpa menghadiri ke dewan kuliah.


Dalam kesibukan mengendalikan Persidangan Antarabangsa ini, ada juga tugasan lain yang terpaksa diselesaikan. Selasa - terpaksa ke sebuah IPTS di Puchong untuk menjalankan tugasan sebagai Auditor bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Hari kedua persidangan berlangsung, tugasan audit di Puchong pula berakhir hampir malam. Sehari suntuk dari jam 8 pagi hingga 7 malam bertungkus lumus menjalankan tugasan auditor. Sebelah malamnya pula dijemput oleh persatuan pelajar untuk mengendalikan satu forum anjuran mereka.


Rabu- Persidangan masih lagi berlangsung. hari terakhir persidangan dipenuhi masa dengan melayan peserta yang mula meninggalkan kampus Uniten. Sebelah petang majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.Berusaha Dato' VC. Uniten.


Khamis - sepanjang hari berada di sebuah kolej di Petaling Jaya untuk tugasan audit bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Hari yang sama juga dokumen penyertaan Seminar di Universiti Malaysia Sabah perlu diselesaikan untuk pengesahan penyertaan pada 13 dan 14 Julai 2011.


Kesibukan menjadikan kita lebih kreatif. Kreatif menyusun dan mengatur masa dengan pelbagai tugasan. Kreatif untuk cuba menjayakan semua tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan.


kita cuba!

Monday, June 20, 2011

MASB113: Soalan Ujian 2

2. Beri makna 'negara-bangsa' mengikut pengertian anda. Nyatakan bilakah idea 'negara-bangsa' mula wujud dalam pemikiran orang Melayu di Tanah Melayu berdasarkan peristiwa Malayan Union.

Reaksi Rakyat Terhadap Pembentukan Malayan Union

Di antara manifestasi bantahan rakyat terhadap pembentukan Malayan Union / Kesatuan Malaya adalah;

1. Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn bin Jaafar telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. mesyuarat tersebut dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu
2. Semua raja-raja Melayu digesa supaya jangan menghadiri majlis perasmian dan perlantikan Gabenor Kesatuan Malaya
3. Masyarakat Melayu diseru agar berkabung selama 7 hari
4. Rapat-rapat umum orang Melayu diadakan di beberapa buah bandar utama seperti Johor Bharu, Kuala Lumpur, dan Alor Setar.
5. Pembesar-pembesar Melayu memulaukan majlis-majlis rasmi Inggeris
6. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memel;ihara kepentingan orang Melayu.
7. Pemimpin-pemimpin Cina dan India turut memulaukan Majlis Perisytiharan Kesatuan Malaya.

Akhirnya pihak Inggeris terpaksa mengalah dan Malayan Union dibubarkan.

Friday, June 17, 2011

Teknologi: Mangsa atau menguasainya?

KEPINTARAN telefon pintar tidak dapat dinafikan apabila kini perkakas ini menjadi teman 24 jam sehari kepada penggunanya.
Berdasarkan statistik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga tahun 2010, 50 peratus daripada 33.4juta pengguna telefon bimbit di Malaysia telah beralih arah dari telefon mudah alih kepada telefon pintar.
“Dari jumlah ini, 30 peratus menggunakan 3G dan hanya 15 peratus pengguna yang benar-benar menggunakan sepenuhnya aplikasi yang ditawarkan telefon pintar.
“Selebihnya sekadar memiliki, guna untuk buat panggilan dan hantar pesanan ringkas (sms) sahaja,” kata Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia, Azli Paat kepada Mingguan mStar.
Azli berkata situasi seperti ini berlaku kerana penggunaan telefon pintar di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia menjurus kepada trend dan gaya hidup, bukan mengikut keperluan dan fungsi.
“Telefon pintar tak dapat dipisahkan dengan Internet. Tanpa Internet, telefon pintar tak lagi dianggap pintar,” katanya.
Situasi yang berlaku ini menyimpang daripada matlamat sebenar telefon pintar dicipta iaitu bagi memudahkan manusia menjalani rutin harian, tidak sekadar memberi hiburan semata-mata.
Pengguna yang memanfaatkan sepenuhnya telefon pintar akan melayari Internet, menghantar emel, melayari laman sosial, mencari peta dan kedudukan, merakam gambar dan video serta memuat turun lagu.

“Tidak hairanlah caj servis dan langganan yang dikenakan syarikat telekomunikasi agak tinggi menyebabkan kebanyakan pengguna telefon pintar hanya mampu membeli tetapi tidak mampu menanggung bil bulanan,” katanya.

Tambahnya, pengaruh jenama dan pemilik telefon pintar sekeliling juga membuatkan kebanyakan pengguna teruja memilikinya walau tidak tahu memanfaatkannya.
“Pengguna Blackberry misalnya, mereka tak langgan pelan data yang membolehkan mereka berhubung dengan pengguna Blackberry lain secara percuma.
“Pengguna iPhone pula ada yang tak ambil servis Internet sedangkan iPhone dicipta khusus untuk mereka yang sering melayari Internet,” katanya.
Kuatnya tarikan telefon pintar
Kegilaan pengguna terhadap telefon pintar mempunyai kaitan dengan perubahan zaman, pangkat dan kedudukan.
Azli berkata teknologi yang sentiasa berkembang dan aplikasi telefon pintar yang sering dinaik taraf menyebabkan sesebuah model telefon mampu bergelar ‘pintar’ hanya dalam tempoh enam hingga lapan bulan sahaja.
Jika 10 tahun lalu jenama atau kereta mewah melambangkan ketinggian status seseorang, kini telefon bimbit turut menjadi kayu pengukur status.
“Telefon pintar boleh dibawa ke mana-mana tak macam kereta atau banglo besar. Walau tanpa bateri atau tanpa servis Internet, tapi bila ia diletakkan atas meja di kedai makan, secara tak langsung pelanggan sekeliling akan melihat individu tersebut sebagai individu berstatus tinggi.
“Dulu, kita tak rasa hairan kalau emel lambat dibalas, tapi hari ini kita akan rasa pelik bila si penerima emel susah membalas emel,” dia memberi contoh.
Kepintaran telefon bimbit jenis ini juga tidak dapat dinafikan apabila ia mampu mengubah tabiat masyarakat dan konsep penggunaan laman sosial.
Dalam diam telefon pintar menjadi sebahagian daripada Facebook, Twitter, Foursquare dan sebagainya.“Masa khutbah Jumaat, biasanya khatib berpesan supaya jemaah tak berkata-kata. Bila ada telefon pintar, wujud pula larangan menghantar sms atau melayari Internet,” katanya.
Pintar dan sensitif
Walaupun setiap individu berhak memilih sama ada mahu menggunakan telefon pintar atau sebaliknya, mahu melanggan pakej Internet atau tidak untuk telefon pintar masing-masing, kepintaran penggunanya tetap dianggap penting.
Menurut Azli, pengguna perlu mempelajari selok-belok telefon pintar mereka kerana tanpa kebijaksanaan, tidak mustahil mereka akan mengalami kerugian dan mungkin tertipu sama ada secara sedar atau tidak.
Aspek yang patut diketahui termasuklah penjagaan, kecekapan memilih pakej mengikut kegunaan dan kemampuan mengawal penggunaannya.
Berbanding telefon bimbit biasa, telefon pintar lebih sensitif dan memerlukan penjagaan rapi kerana banyak perisian dan komponen kecil dimasukkan ke dalamnya.
“Guna telefon pintar sama macam guna komputer. Bezanya guna komputer ada kelas belajar komputer, tapi guna telefon pintar tak ada kelas,” katanya.
Jelasnya ramai pengguna seolah-olah tidak ambil tahu caj-caj yang dikenakan syarikat telekomunikasi terhadap mereka sehingga menyebabkan berlakunya ‘kebocoran wang’.
“Telefon pintar tidak sekadar panggilan keluar-masuk, tetapi juga melibatkan penggunaan data. Tidak seperti panggilan telefon yang dicaj mengikut minit, penggunaan data pula sukar dikesan saiznya.
“Muat turun data yang melebihi had membuatkan pengguna perlu membayar lebih,” katanya.
Tambahnya, pengguna telefon pintar perlu arif tentang servis, pakej dan langganan dari syarikat telekomunikasi.
“Syarikat komunikasi biasanya tak akan beritahu pelanggan kalau mereka ubah tarif. Begitu juga penggunaan melebihi had,” katanya.

Ubahsuai dari penulis asal; IZRA ABD RAHMAN (izra@thestar.com.my)

Thursday, June 16, 2011

MASB113: Pilihan Raya

Pilihan raya adalah satu proses pemilihan pemimpin negara oleh rakyat. Proses ini adalah antara unsur penting dalam sistem kerajaan demokrasi. Objektif utama proses pilihanraya ini supaya rakyat dapat menggunakan hak mereka untuk memilih corak Kerajaan yang boleh memerintah dengan baik dan adil. Melalui pilihan raya ini parti politik ( kumpulan parti politik) yang mendapat majoriti kemenangan akan mendapat mandat untuk mentadbir negara selama 5 tahun atau sehingga piluhan raya yang baru diadakan.

Di Malaysia, tanggungjawab untuk menguruskan proses pilihan raya diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Perlembagaan Peresekutuan (Malaysia) Perkara 113 sebuah badan bebas (SPR) perlu dibentuk untuk mengendalikan proses pilihan raya secara adil.

Setiap warganegara Malaysia yang telah mencapai usia 21 tahun ke atas adalah layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Proses pendaftaran pengundi juga menjadi tanggungjawab SPR.

Proses pilihan raya ini akan bermula apabila Dewan Rakyat dibubarkan di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri.

Tuesday, June 14, 2011

Persidangan Antarabangsa Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran 2011



International Conference on Teaching and Learning Education 2011 (ICTLE’11)

Gaya Pembelajaran dan Pengajaran Subjek Major dan Bukan Major di kalangan Pelajar Kejuruteraan di UNITEN.

Oleh:
Noor Azam bin Abdul Rahman, Mohd Norizan bin Hashim, Azmi bin Ahmad
Kolej Pengajian Asas dan Umum, UNITEN.


Abstrak

Gaya pembelajaran dan pengajaran memberi impak yang penting dalam kejayaan seseorang pelajar. Gaya pembelajaran ini dipengaruhi juga oleh bidang yang dipelajari. Ini kerana bidang teknikal dan bidang sains sosial contohnya, adalah satu perkara yang berbeza oleh itu gaya pembelajaran juga pastinya berbeza.

Kajian ini akan melihat hubungan gaya pembelajaran pelajar dalam subjek major dan bukan major yang diambil oleh para pelajar kejuruteraan di UNITEN. Selain daripada subjek-subjek major yang memfokus kepada bidang tertentu dalam kejuruteraan, pelajar ini juga diwajibkan mengambil subjek universiti dan subjek yang ditentukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), seperti Pengajian Malaysia. Subjek ini adalah subjek sains sosial yang berbeza dengan subjek major kejuruteraan yang bersifat teknikal. Perbezaan gaya pembelajaran dan pengajaran tersebut akan dihuraikan dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah penyelidikan asas berpandukan borang soal selidik dan temubual.

Hasil kajian mendapati pelajar kejuruteraan di UNITEN mempunyai gaya pembelajaran dan pengajaran yang berbeza berdasarkan subjek major dan bukan major. Bagi subjek bukan major majoriti (75%) pelajar ini menggunakan gaya pembelajaran individu, manakala bagi subjek major pula majoriti menggunakan gaya pembelajaran berkumpulan.


Keyword: Gaya Pembelajaran dan Pengajaran, Sains Sosial, Kejuruteraan

Monday, June 13, 2011

MASB113 Tajuk 2: Ciri-ciri Asas Perlembagaan Malaysia

Antara ciri asas Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut;


- Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan

- Sebagai negara berpelembagaan

-Sebagai negara demokrasi berparlimen

- Memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun menjamin kebebasan beragama

- memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang

- Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang pentadbiran iaitu Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama, tiada satupun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.

- memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang ekslusif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.


Latihan 1:


Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemerintahan tradisi di Tanah Melayu yang masih kekal di dalam Perlembagaan Malaysia?

Sunday, June 12, 2011

FA Cup

Akhirnya piala ini akan singgah ke Kuala Terengganu dan berehat di situ untuk satu musim. Walaupun pada awalnya dilihat seakan-akan terus ke Kota Bharu dari Bukit Jalil. Inilah bola sepak. Kadang-kadang ia menjadi permainan sukan yang paling kejam. Permainan yang boleh menimbulkan banyak emosi dalam satu masa. Gembira, ketawa, bersorak, sugul, termenung, geleng kepala dan sedih. semua emosi ini datang bertali arus.

Apa yang boleh kita belajar dari permainan bola sepak?

Banyak! Bola sepak bukan sekadar permainan berebut bola dan tendang ke pintu gol. Bukan sahaja permainan berlari-lari dan mengejar. Bukan hanya itu. Banyak yang kita boleh pelajari dari permainan ini. Bola sepak adalah permainan kehidupan. Perjalanan hidup kita sama saja dengan permainan ini. Pada satu masa kita boleh bersorak kegembiraan dan dalam masa yang lain pula kita dikutuk hanya kerana kesilapan kecil kita. Permainan ini memerlukan banyak kebijaksanaan. Bijak mengawal bola, bijak berkomunikasi dengan kawan, bijak membaca tektikal lawan dan bijak merebut peluang menjaringkan gol. Itulah kehidupan.

Dalam melayari kehidupan seharian kita amat memerlukan semua kemahiran dalam permainan bola sepak. Kita perlukan kawan dan masyarakat untuk membantu kita mencapai kejayaan. Hubungan ini memerlukan cara komunikasi yang baik. Ketika kita berjaya dalam hidup banyak cabaran yang kita perlu tempuhi, sama seperti semasa kita berjaya membawa bola. Ketika bola di kaki kita ramai lawan yang cuba merampasnya dari kita. Namun jika kita bijak kita akan lorongkan bola itu kepada kawan kita sebelum bola itu dapat dirampas oleh lawan, kerana jika lambat bola mungkin hilang atau kita mungkin akan tercedera. Dan jika lorongan kita itu betul bola tersebut akan mampu dijaringkan ke dalam gol. Seperti kehidupan kita, jika kita berkerjasama menjayakan sesuatu pastinya pihak lawan tidak mampu menggugat kita dan pastinya akan mencapai kejayaan iaitu apa yang menjadi goal kita.

Mungkin pasukan Kelantan agak lega semasa mendahului dengan 1-0 sehingga waktu kecederaan mereka berasakan seperti telah berada diambang kejayaan. Dan ketika ini pihak lawan mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol. Dalam realiti kehidupan kita sering berkeadaan begitu. Di saat kita hampir mencapai kejayaan kita mula leka dengan perasaan yang macam-macam sehingga kita sering terlepas peluang untuk mengecapinya. Kita sering memberi peluang kepada orang lain untuk mencapai kejayaan kerana kebanyakan dari kita lebih senang melihat kejayaan daripada merasai kejayaan itu sendiri.

Tahniah pasukan Terengganu kerana mempunyai kekuatan mental untuk bertarung sehingga ke wisel yang terakhir.

Pasukan Kelantan juga, sekalung Tahniah kerana mempunyai peluang untuk merangkul kejayaan ini. Hari ini (ahad) telah diishtiharkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai hari cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan.

Saya tetap menyokong pasukan yang sama!

Saturday, June 11, 2011

Bola,bola,bola, mari sepak bola.




11 Jun 2011 adalah tarikh penting yang akan dikenang oleh seluruh peminat bola sepak tempatan. Khususnya peminat bolasepak Terengganu dan Kelantan. Pada tarikh ini dua pasukan dari kedua-dua negeri ini akan bertarung merebut salah satu piala kebanggaan di Malaysia iaitu Piala FA.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung pada tarikh ini sebenarnya satu pertemuaan yang menarik. Bukan saja kerana mempertemukan dua pasukan bolasepak dari Pantai Timur dan negeri berjiran, malah pertemuaan ini juga merupakan ulangan kepada pertemuaan di peringkat Liga yang baru saja berlaku pada isnin yang lalu. Tempo dan gerak serangan pada perlawanan tempoh hari masih lagi diingati oleh peminat bolasepak tempatan. Yang berkesudahan pasukan Kelantan berjaya menewaskan pasukan Terengganu dengan 3-0.


Keputusan isnin lalu juga menjadikan perlawanan akhir FA Cup ini lebih menarik kerana semua peminat bolasepak tempatan akan menanti corak permainan kedua-dua pasukan sama ada Terengganu mampu bangkit dan memberi persembahan sebenar mereka ataupun Kelantan tetap juga mampu mengekalkan corak menyerang yang dipamerkan tempoh hari.


Yang pasti kedua-dua pasukan akan menurunkan pemain terbaik masing-masing. Jika perlawanan isnin lalu terdapat pemain utama yang menyertai pasukan kebangsaan, tapi untuk perlawanan akhir ini mereka mungkin akan diturunkan.


Pasukan pilihan saya? He hehe... tengok plat no kereta saya!







Friday, June 10, 2011

Petikan



Menangani Pemandu Emosi, Agresif Di Malaysia – Mstar online (9/6/2011)



KUALA LUMPUR: Yusof, 21, adalah seorang penuntut institut pengajian tinggi dan seperti rakan yang lain beliau memiliki sebuah motosikal bagi memudahkan pergerakan seharian.
Bagaimanapun, bagi Yusof, menunggang motosikal juga membantu beliau menenangkan emosi.


"Apabila saya menghadapi masalah atau berasa bosan, saya menunggang secara semberono untuk melepaskan emosi yang terpendam. Walaupun dalam mood riang, saya suka menunjukkan rasa teruja saya semasa menunggang atau memandu.


"Saya ada kalanya melakukan perkara yang menakutkan di atas jalan. Bagi saya, adalah menyeronokan kalau dapat mengatasi pemandu lain. Ia juga menyeronokan untuk meninggalkan pemandu lain di belakang apabila bermula dari lampu trafik.


"Saya suka memotong kereta lain di lebuh raya walaupun saya tidak mempunyai alasan untuk sampai dengan cepat. Saya memaki hamun pemandu lain atas jalan. Saya naik marah terhadap mereka yang memandu perlahan. Saya potong masuk dan keluar semasa menyusuri aliran trafik. Saya sentiasa menunggang atau memandu melampaui had laju.


"Saya menerima lima hingga tujuh saman sejak tiga tahun yang lepas. Terbabit dalam dua hingga empat kemalangan jalan raya, dan kebanyakannya kerana kecuaian sendiri," kata Yusof, seorang daripada pemandu/penunggang 'Emosi-Agresif' yang dikenal pasti semasa satu kajian profil pemandu muda berisiko tinggi.


Kajian ini dikendalikan oleh Dr Hasrina Mustafa dan Profesor Madya Dr Adnan Hussein, kedua-duanya dari Sekolah Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), dan Mohd Yusof Abdul Ghani dari Institut Malaysia bagi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
Kajian psiko-sosial ini dijalankan ke atas 390 penuntut USM pada Januari 2010 untuk menilai pemandu muda di Malaysia bagi tujuan kempen keselamatan jalan raya berdasarkan kepada jenis personaliti, sikap dan tingkah-laku semasa memandu.


Kajian ini mengenalpasti ciri-ciri psiko-sosial utama pada pemandu/penunggang berisiko tinggi di Malaysia yang lazimnya mengalami kemurungan yang tinggi, cenderung mencari sensasi atau melepaskan geram atas jalan raya.


Oleh itu masalah mereka ini dapat dilihat dalam bentuk gaya memandu agresif atau berbahaya seperti memandu dengan laju, potong masuk dan keluar semasa menyusuri aliran trafik dan tidak berhenti di lampu merah.


Kumpulan berisiko tinggi ini sebahagian besarnya terdiri daripada lelaki dengan pengalaman memandu yang tidak seberapa.


Keselamatan jalan raya adalah isu besar di Malaysia. Statistik oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya baru-baru ini menunjukkan bahawa secara purata 18 orang maut setiap hari kerana kemalangan jalan raya.


Kemalangan jalan raya adalah punca utama kelima bagi kematian dalam kalangan rakyat Malaysia selepas beberapa penyakit dan punca utama ketiga bagi kematian di kalangan lelaki dan kesepuluh dalam kalangan wanita.



Thursday, June 9, 2011

MASB113: Tajuk 1 (Merdeka dan Pembentukan Malaysia



Bermula pilihanraya pertama yang memilih wakil untuk Majlis Tempatan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 1951 dan 1952 British bersetuju untuk mengadakan pilihanraya peringkat persekutuan pada 1955. Pilihanraya ini bagi menilai tahap penerimaan penduduk tempatan terhadap pemimpin tempatan pada masa itu. British berhak untuk tahu tahap penerimaan itu jika Tanah Melayu berhasrat untuk berunding tentang kemerdekaan.


Pilihanraya Persekutuan yang pertama itu telah mempertaruhkan 52 kerusi untuk direbut oleh beberapa parti politik ketika itu. Sejak tahun 1940-an di Tanah Melayu mula wujud kesedaran di kalangan pemimpin tempatan untuk berjuang membela kumpulan masing-masing berlandaskan parti politik. Maka ketika itu wujud parti-parti politik yang pada asalnya ditubuhkan sebagai sebuah badan kebajikan yang membela kaum dan kelompok masing-masing. Perubahan iklim politik ketika itu dengan cadangan dari British untuk melaksanakan Malayan Union. Keadaan ini telah membangkitkan semangat masyarakat tempatan berjuang berlandaskan parti politik.


UMNO, MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu ketika itu telah sepakat untuk bersama-sama menyertai pilihanraya 1955 secara berpasukan dengan nama Perikatan. Gabungan ini ternyata berjaya dalam pilihanraya tersebut apabila Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Manakala 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS.


Kejayaan gabungan Perikatan dalam pilihanraya ini telah membuka ruang untuk British berbincang berkaitan kemerdekaan Tanah Melayu. Penerimaan penduduk tempatan terhadap perjuangan gabungan Perikatan memberi makna yang besar terhadap suasana politik ketika itu. Juga memberi makna terhadap hubungan sosial masyarakat di Tanah Melayu. Kesepaduaan masyarakat juga diambil kira oleh British untuk memberi kemerdekaan kepada sesebuah tanah jajahannya.


Suruhanjaya Reid ditubuhkan juga hasil daripada perkembangan terkini tentang keadaan politik di Tanah Melayu ketika itu. Suruhanjaya ini ditubuhkan bagi membincangkan satu Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya yang dianggotai oleh beberapa wakil dari pemimpin tempatan dan juga wakil dari negara Komenwelth dan diketuai oleh Lord Reid. Apabila suruhanjaya ini selesai dengan tugas mereka bermakna Tanah Melayu telah hampir kepada kemerdekaan.


31 Ogos 1957 - Merdeka!


*kredit gambar dari casamidacrew.blogspot.com

Wednesday, June 8, 2011

Makan




Ramai orang yang bekerja mengabaikan keperluan tubuh badan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengisi perut agar tidak kelaparan. Apa yang dipentingkan adalah kerja yang berkesan bagi memenuhi tuntutan material yang semakin mencabar. Keperluan badan sebenarnya lebih daripada sekadar makan sahaja. Malah makan juga perlu mengikut cara dan disiplin yang betul agar tahap kesihatan tubuh badan kita sentiasa sempurna dan bertenaga.


Berdasarkan kajian oleh pakar kesihatan menyatakan bahawa pengambilan sarapan pagi yang berkesan akan menentukan tahap dan mutu kerja seseorang sepanjang hari itu. Kepentingan mengambil sarapan pagi ini telah kerap kali dibincangkan di media. Namun masih ramai golongan yang bekerja mengabaikan sarapan pagi. Tabiat ini juga turut diamalkan oleh pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Mereka mula 'skip' pengambilan sarapan dengan alasan mempunyai kelas yang bermula seawal jam 8 pagi. Tabiat ini dibimbangkan akan mempengaruhi keupayaan pelajar-pelajar ini mengikuti proses pembelajaran mereka.
Peningkatan harga makanan kesan daripada kenaikan harga bahan mentah juga menjadi alasan bagi kumpulan pelajar di IPT untuk mengurangkan pengambilan makanan termasuk sarapan pagi. Jadual makan mereka selalu dijamakkan, iaitu makan pagi digabung dengan makan tengahari ataupun makan malam sekali dengan makan tengahari. Fenomena ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap tumpuan pelajar terhadap pembelajaran mereka.

Semua pihak harus melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang serius, kerana untuk menjadi sebuah negara yang maju bukan sahaja memerlukan persediaan dari segi fizikal yang kuat malah mental yang baik. Semua ini akan terhasil hanya dengan pemakanan yang berkhasiat.



Tuesday, June 7, 2011

Bila ada masa...


Bila ada masa yang tidak diisi dengan apa-apa perkara yang berfaedah, ada baiknya kita membaca. Aktiviti membaca tidak pernah dikelaskan sebagai membazir masa. Jika kita penat dengan bacaan yang terlalu banyak fakta dan nombor yang perlu diingat maka ada baik juga kita memilih untuk baca bacaan yang santai sifatnya. Tetapi tetap[ juga bermaklumat. Buku-buku motivasi misalnya boleh juga meningkatkan kembali semangat kita. Cadangan salah satu buku untuk dibaca bila masa kita rasa diri kita kurang menghargai diri sendiri dan orang-orang yang mengambil berat tentang kita buku ini amat sesuai.

Buku ini disampaikan secara bersahaja. Disertakan dengan cerita-cerita dari kisah benar masyarakat. Dan pengalaman tokoh-tokoh yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Salah satu key-word yang boleh dipetik dari buku ini ialah 'jangan sekali-kali kita menghukum diri kita untuk semua kesalahan kita, tetapi kita bermula dengan satu usaha baru bagi mengelak dari kita lakukan kesalahan yang sama'.

Sunday, May 29, 2011

Cuti Hujung Minggu

Di Malaysia, walaupun kita telah merdeka lebih daripada 50 tahun namun cuti hujung minggu kita masih tidak dapat diseragamkan di setiap negeri di Malaysia. Perkara yang dilihat paling 'simple' dan mudah untuk diubah namun kita masih tidak lagi mampu berbuat demikian.

Kesan pentadbiran penjajah, khususnya pada zaman pentadbiran British di Tanah Melayu masih lagi digunapakai sehingga kini. Ketika British mentadbir Tanah Melayu, negeri-negeri di Tanah Melayu telah diasingkan kepada 3 kumpulan, iaitu Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang, Singapura), Negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, N. Sembilan), Negeri Melayu Tidak Bersekutu ( Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor). Pecahan kelompok negeri-negeri ini memberi kesan terhadap cara British mentadbir. Kesan tersebut masih dapat dilihat sehingga kini, selepas kita merdeka. Antaranya adalah berkaitan cuti hujung minggu. Negeri Melayu Bersekutu sehingga kini melaksanakan cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad, manakala Negeri Melayu Tidak Bersekutu pada hari Jumaat dan Sabtu. Cuma negeri Johor sahaja telah mengubah cuti hujung minggunya sama seperti Negeri Melayu Bersekutu.

Walaupun kini tiada lagi kelompok Negeri Melayu Bersekutu atau sebagainya, kini semua negeri satu Malaysia adalah di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia yang telah merdeka lebih 50 tahun, tetapi kita masih lagi melaksanakan sistem yang dimulakan oleh penjajah pada zaman Tanah Melayu ditadbir oleh British.

Perkara ini dilihat remeh bagi sesetengah pihak. Ia cuma cuti hujung minggu. Cuma berkaitan pemilihan hari untuk bercuti setelah seminggu bekerja keras di tempat kerja masing-masing. Namun ini secara tidak langsung sedikit mencacatkan kemeriahan kita meraikan tempoh kemerdekaan kita yang dicanang telah mampu mentadbir secara sendiri dengan pemimpin tempatan yang berwibawa.

Ini adalah contoh kecil yang kita dapat lihat kesan pentadbiran British di Tanah Melayu. Jika kita meninjau ke dalam sistem pendidikan yang kita gunapakai sekarang pastinya kita akan lihat contoh-contoh lain yang kita warisi dari penjajah.

Di kebanyakan negara yang pernah dijajah oleh kuasa besar akan mewarisi cara dan konsep pentadbiran yang dipraktiskan oleh penjajah tersebut. Hal ini termasuklah Malaysia. Kita tidak dapat berbeza 100% daripada kuasa yang pernah mentadbir kita. Mungkin tempoh lebih 50 tahun masih tidak cukup untuk kita berubah secara total. Kerana ada juga sistem yang digunakan oleh penjajah itu masih relevan dengan masa kini yang boleh terus dipraktiskan di Malaysia pada zaman ini. Tidak semua perkara yang dilaksanakan oleh British khususnya dan penjajah lain di Tanah Melayu sebelum ini perlu dibuang. Mungkin cuti hujung minggu yang kita warisi hingga kita dilihat tidak perlu diubah berdasarkan faktor-faktor yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sehingga kini.

Tidak kira hari apa yang kita pilih untuk bercuti hujung minggu apa yang lebih penting ialah bila tiba hari untuk kita memulakan kembali kerja kita telah bersedia dengan semangat dan idea baru, kesan dari rehat dan rekreasi kita semasa berhujung minggu. Dilihat di Malaysia cuti hujung minggu ini tidak memeberi kesan yang negatif kepada produktiviti kerja kita walau hari apapun yang kita berhujung minggu. Mungkin sebab itu rasanya tidak perlu kita bazirkan masa berfikir tentang hari cuti ini.

Monday, May 23, 2011

Tugasan Berkumpulan MASB113

Pilih 1 daripada tajuk-tajuk berikut;

1. Biodata Lengkap Pemimpin Politik Wanita di Malaysia
2. Biodata Lengkap Pemimpin Wanita dalam NGO/Perubuhan Sukarela di Malaysia
3. Biodata Lengkap Pemimpin Wanita dalam Institusi Pendidikan di Malaysia

Huraian:
Pelajar diminta menjalankan satu penyelidikan ilimiah berkaitan tajuk yang diberikan. Penyelidikan ilmiah bermakna pelajar perlu mengemukakan fakta yang diperolehi daripada sumber yang tepat, sama ada dari bahan rujukan bercetak atau melalui temuramah yang dijalankan. Pelajar perlu senaraikan 5 biodata lengkap pemimpin yang dipilih berdasarkan tajuk yang diberikan. Di akhir kajian pelajar diminta sediakan satu laporan ilimiah berkaitan kajian yang telah dijalankan. Serta dipersembahkan dalam bentuk power-point kepada kelas.

Format:
1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (4-5 orang)
2. Tugasan perlu disediakan dalam bentuk esei dan bertaip (arial 12, double spacing)
3. Tarikh penghantaran 18- 20 JULAI 2011
4. Penghantaran adalah dalam bentuk hard-copy dan soft-copy.

Saturday, May 21, 2011

Tajuk 1 MASB113

Sejarah dan Politik akan membincangkan beberapa sistem pentadbiran yang telah diamalkan oleh kerajaan di Tanah Melayu dan Malaysia. Tajuk ini akan dilihat dalam 3 tempoh masa yang penting dalam sejarah dan politik negara. Tempoh 1: Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tempoh 2:Zaman Penjajahan. Tempoh 3: Tanah Melayu selepas merdeka sehingga pembentukan Malaysia.

Ketiga-tiga tempoh ini melibatkan beberapa sistem pentadbiran. Sistem-sistem ini akan dibincang melibatkan cara kerajaan tersebut diurustadbir, pelantikan pembesar/pemerintah, keadaan ekonomi, sosial, politik pada masa tersebut serta cara kerajaan menggubal dasar-dasar kerajaan yang ditadbir.

Sebagai contoh, zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) telah mencapai tempoh kegemilangannya sehingga menjadi antara pusat perdagangan utama di Asia Tenggara. jadi tempoh ini berlaku kerana Melaka telah ditadbir oleh pemerintah yang tersusun dan cekap. Sistem ekonominya mampu menarik pedagang dari seluruh pelosok dunia. Sistem yang cekap ini kerana pentadbirnya berjaya mengamalkan sistem pentadbiran yang baik. Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka misalnya telah menjadi unsur penting yang menyumbang kepada faktor kegemilangan Melaka.

Melaka ditadbir menggunakan Sistem Empat Lipatan. Semua pentadbir telah dilantik oleh Sultan Melaka. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Sultan mempunyai kuasa terhadap keseluruhan pentadbiran negeri Melaka. Sultan yang cekap berserta pemimpin utama yang lain seperti bendahara, temenggong, shahbandar, laksamana dan lain-lain telah menyumbang kepada kejayaan Melaka.

Kejatuhan KMM kepada Portugis pada 1511 juga banyak dipengaruhi oleh pentadbir yang kurang cekap. Sistem pentadbiran yang diamalkan sebelum ini tidak dijalankan dengan baik oleh pentadbir ketika itu.

selepas ketajuhan KMM kepada Portugis maka bermulalah tempoh penjajahan dari kuasa luar di Tanah Melayu. Bermula dengan Portugis kemudian Belanda dan diikuti oleh British dan Jepun kemudian British kembali dan negara merdeka melalui British.

*sistem pentadbiran penjajah di Tanah Melayu akan dihurai kemudian.

Tuesday, May 17, 2011

semester baru 2011

tahun 2011 pengambilan pelajar di Uniten berlaku lebih kerap dalam tempoh yang panjang. Bermula dengan pelajar 'foundation' trimester 3 bermula bulan 3 dan semester khas bermula april kemudian pelajar semester 1 sesi 2011/12 pada mei. dan pada september nanti pelajar kemasukan baru sekali lagi mendaftar bersama pelajar senior. Pertindihan semester ini bertujuan untuk diselaraskan dengan kelender baru pengajian tinggi yang diperkenalkan oleh kerajaan bermula pada tahun ini iaitu kemasukan september.

walau bagaimanapun pensyarah masih mampu mengendalikan keadaan ini walau jadual pengajaran sedikit bertambah berbanding sebelumnya. Bagi yang mengajar subjek yang ditawarkan di setiap semester pastinya memiliki jadual pengajaran yang ketat. ini lah rutin pensyarah. selain dari terlibat pengajaran mereka juga perlu menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada yang berkaitan.

bagi pelajar jangan risau tentang jadual pensyarah. biarkan mereka dengan tugas mereka. Apa yang penting mereka tidak mengabaikan tugas membimbing pelajar-pelajar mereka.