Thursday, December 17, 2009

Program Bahasa Jepun di IKAL

Pada 16/12/2009 telah berlangsung majlis perasmian dan pelancaran serta perjanjian persefahaman antara Uniten dan Teikyo Universiti. Melalui persefahaman ini IKAL, Uniten akan menyediakan pelajar di peringkat asas pengajian Jepun di Uniten dan dihantar ke beberapa Universiti Terpilih di Jepun dalam pelbagai bidang. Program ini hampir sama dengan apa yang telah diwujudkan di Universiti Malaya melalui Pusat Asuhan Jepunnya. Dan inspirasi dari program tersebutlah menjadikan Uniten juga berminat untuk terlibat dengan penyediaan program asas pelajar ke Jepun.

Pada majlis tersebut Duta Jepun ke Malaysia telah dijemput sebagai perasmi program. Yang menariknya duta Jepun ini telah menyampaikan ucapannya dalam bahasa Malaysia. Dan beliau amat berminat untuk mendalami bahasa Malaysia dengan lebih sempurna. Di samping itu kepekaan beliau terhadap lirik lagu Uniten juga harus dipuji. Semasa ucapannya beliau telah beberapa kali mengulang balik beberapa baris lirik lagu Uniten sebagai kata-kata semangat bagi dirinya.

*Pengetahuan tentang bahasa adalah kebijaksanaan manusia mengurus otak. Lagi banyak bahasa yang kita tahu bermakna semakin bijak kita mengurus otak kita. Kerana bahasa itu jiwa kita.