Friday, May 2, 2014

Menulis Satu Aktiviti

Rutin harian kita sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dipengaruhi oleh keinginan hati dan emosi untuk melakukannya. Jika kita seorang pekerja, kita akan sarat dengan aktiviti berkaitan dengan kerja dan tugasan harian kita. Jika kita seorang pelajar maka kita akan memenuhi aktiviti rutin kita dengan belajar. Manakala aktiviti sampingan atau hobi yang kita lakukan pula bergantung kepada beberapa factor yang mempengaruhinya.Salah satu aktiviti yang juga menarik untuk dilakukan adalah menulis. Ya, menulis! Menulis sebagai satu aktiviti rutin setiap hari yang menyeronokkan. Kita boleh menulis apa sahaja tanpa memerlukan topic yang khusus. Aktiviti menulis adalah salah satu cara kita berkongsi rasa, keinginan, pengetahuan, dan sebagainya dengan orang lain. Ini bermakna setiap tulisan kita perlu dikongsi melalui media yang sepatutnya.


Pada zaman teknologi yang pelbagai ini kita mempunyai banyak pilihan media untuk berkongsi hasil penulisan kita. Sebaiknya tulisan yang ingin dikongsi boleh memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada pembaca. Bukan sekadar makluman apatah lagi hasutan dan umpatan. Penulisan berbentuk negative kadangkala menarik untuk ditulis namun tidak bermanfaat malah merosakkan masyarakat. Penulisan bentuk sebegini tidak sepatuutnya dilakukan.  Media social yang pelbagai kini seperti blog, twitter, facebook, dan seumpamanya boleh dijadikan media untuk berkongsi penulisan kita. Namun penulisan tersebut perlu beretika dan bertanggungjawab. Kerana aktiviti menulis adalah aktiviti yang sopan dan beretika.



No comments: