Saturday, October 17, 2015

Sektor Pekerjaan Yang 'Tidak Selamat' di Malaysia

Majalah Ekonomi The Edge Weekly melaporkan bahawa terdapat beberapa sector pekerjaan di Malaysia yang dilihat 'tidak selamat' kepada pekerja. Tidak selamat bermakna pekerja sector tersebut tidak diberi jaminan mereka akan kekal lebih lama sebagai pekerja. Dengan lain perkataan kerjaya mereka akan terhenti berdasarkan keadaan ekonomi semasa.Tiga sector yang dilaporkan sedang menghadapi kesan keadaan ekonomi semasa adalah sector minyak dan gas, sector perbankan, dan sector pembuatan. Dalam tempoh 1-2 tahun kebelakangan ini, dilihat sector-sector ini telah menjalankan pengurangan pekerja. Menurut majalah The Edge - Syarikat minyak Multi Antarabangsa seperti Shell Malaysia contohnya telahpun merancang untuk mengurangkan 1300 orang daripada 6500 dalam tempoh 2 tahun akan datang. Begitu juga  Standard Chartered Bank telah mengurangkan 11% bilangan pekerja mereka. Perkara yang sama turut dilakukan oleh CIMB Group Holdings Bhd (3,599 pekerja, or 11%) and RHB Capital Bhd (2,700 pekerja, 15% of workforce).
Majalah The Edge juga melaporkan bahawa syarikat pemasangan kenderaan seperti Naza juga telah menjalankan pengurangan pekerja.
Menurut The Edge - Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, telah mengurangkan  255 pekerja mereka di kilang pemasangan di Gurun, Kedah.  CCM Fertilisers Sdn Bhd, anak syarikat Chemical Company of Malaysia Bhd, juga telah mengumumkan pengurangan 232 pekerja bermula  June tahun depan.
Situasi seperti ini pastinya bukan berita yang baik bagi pencari kerja. Kebanyakan pekerja yang terlibat dalam proses penstrukturan ini adalah dari kalangan pekerja mahir dan separuh mahir. Ini bermakna kemahiran yang dimiliki bukan satu jaminan yang baik kepada pekerja dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.
Sebagai solusi pihak yang berkaitan perlu melihat satu cara yang terbaik bagi memulihkan ekonomi Negara. Sebagai pekerja dan orang awam yang bergantung kepada pekerjaan perlu melihat sector baru yang lebih terjamin dengan kemahiran individu yang kita ada.

No comments: