Sunday, October 9, 2011

Syarat-syarat Utama dalam Malayan Union

1. Semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah Pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
2. singapura dikeluarkan dari Persekutuan dan dijadikan tanah jajahan Mahkota yang juga di bawah seorang Gabenor British
3. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara dalam hal berkaitan agama Islam sahaja
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambilkira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas serta telah menetap selama 10 tahun di Tanah Melayu. warganegara juga akan diberi kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah Melayu selepas pengenalan Malayan Union.


Latihan:
Bincangkan kesan pengenalan syarat-syarat ini terhadap tahap kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan sekitar tahun 1940-an.
(tinggalkan pendapat anda di bahagian comment di bawah)

1 comment:

Jual Pakaian Murah said...

Nasionalisme ini bertujuan untuk membebaskan sesebuah negara dari cengkaman penjajah..

sifat ini menunjukkan satu perjuangan negara bangsa iaitu menubuhkan negaranya sendiri,menegakkan kedaulatan negara dan cintakan negara serta yang paling penting negara ditadbir oleh bagsa tempatan.

-Uzair Othman-