Sunday, October 2, 2016

PhD: Persepsi Umum

Minggu ini media massa dan media social di Malaysia heboh bercerita tentang seorang motivator terkenal yang telah dinafikan sebagai penerima ijazah doctor falsafah (PhD.) dari beberapa university di Malaysia. Bermula dengan Universiti Malaysa (UM) yang menegaskan bahawa tidak pernah menganugerahkan PhD. kepada indidvidu terbabit. Selang beberapa hari kemudian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan IUKL juga membuat kenyataan yang sama terhadap motivator terkenal tersebut.Pelbagai persepsi umum berkaitan isu ini telah dibahaskan di media popular. Walaupun perbincangan tersebut sekadar buah fikiran secara spontan dan tidak formal namun itu adalah gambaran persepsi masyarakat Malaysia.

Secara umumnya masyarakat Malaysia masih meletakkan kelulusan akademik seseorang pada nilai yang tinggi. Seseorang yang berkelulusan akademik yang baik, secara langsung akan dikaitkan sebagai seorang yang berjaya dan perlu dihormati.

Dalam kes motivator yang menggunakan kelulusan PhD. yang tidak disahkan penganugerahannya ini, masyarakat merasakan itu satu penipuan yang sukar dimaafkan. Walaupun sumbangan individu tersebut dalam melahirkan usahawan berjaya telah banyak terbukti.

Hakikatnya, pembelajaran adalah satu proses yang yang panjang dan berliku. Proses tersebut memerlukan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh. Sebab itu bila seseorang berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam akademik, mereka sememangnya layak untuk diraikan.

No comments: