Saturday, October 8, 2016

Bersukankah kita?

Minggu kedua pada bulan Oktober setiap tahun telah diishtiharkan sebagai Hari Sukan Negara. Untuk tahun 2016, Hari Sukan Negara telah diadakan pada hari ini, 8 Oktober. Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan di seluruh Negara bagi meraikan hari sukan ini.

Apakah makna sukan?
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan DBP, sukan didefinisikan sebagai segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Sukan juga boleh dikaitkan dengan segala aktiviti yang melibatkan fizikal dan mental secara sistematik. Aktiviti sukan kini lebih banyak dijadikan acara yang berbentuk pertandingan, yang telah dijadikan satu industry besar yang berjaya menjana ekonomi. Sumbangan sukan bukan lagi hanya bersifat aktiviti individu, malah telah mampu menjadi produk yang penting dalam sector ekonomi sesebuah Negara.

Secara individu, adakah kita bersukan?
Adakah kita mengmbil kesempatan dalam keghairahan orang ramai kini terhadap sukan, untuk kita sama-sama meraikan sukan untuk kesihatan?
Asasnya, sukan adalah aktiviti untuk kepentingan kesihatan. secara personalnya kita bersukan dengan harapan aktiviti tersebut mampu menjadi banteng kukuh yang menghalang kita daripada dijangkiti pelbagai penyakit yang berpunca daripada kelemahan system kardiveskular kesan daripada kurang bersukan (sering melakukan aktiviti pasif). Setidaknya, kita mempunyai satu aktiviti fizikal yang mampu mengaktifkan fizikal dan mental kita, untuk menghasilkan kita yang bahagia dan hidup yang bermanfaat.

No comments: