Minggu kedua pada bulan Oktober setiap tahun telah diishtiharkan sebagai Hari Sukan Negara. Untuk tahun 2016, Hari Sukan Negara telah diadakan pada hari ini, 8 Oktober. Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan di seluruh Negara bagi meraikan hari sukan ini.
Apakah makna sukan?
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan DBP, sukan didefinisikan sebagai segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Sukan juga boleh dikaitkan dengan segala aktiviti yang melibatkan fizikal dan mental secara sistematik. Aktiviti sukan kini lebih banyak dijadikan acara yang berbentuk pertandingan, yang telah dijadikan satu industry besar yang berjaya menjana ekonomi. Sumbangan sukan bukan lagi hanya bersifat aktiviti individu, malah telah mampu menjadi produk yang penting dalam sector ekonomi sesebuah Negara.
Secara individu, adakah kita bersukan?
Adakah kita mengmbil kesempatan dalam keghairahan orang ramai kini terhadap sukan, untuk kita sama-sama meraikan sukan untuk kesihatan?
Asasnya, sukan adalah aktiviti untuk kepentingan kesihatan. secara personalnya kita bersukan dengan harapan aktiviti tersebut mampu menjadi banteng kukuh yang menghalang kita daripada dijangkiti pelbagai penyakit yang berpunca daripada kelemahan system kardiveskular kesan daripada kurang bersukan (sering melakukan aktiviti pasif).
azamrahman
KUASA KATA DAN RUPA. KATA DISUSUN JADI CERITA RUPA DIHIAS JADI PEDOMAN.
Saturday, October 8, 2016
Sunday, October 2, 2016
PhD: Persepsi Umum
Minggu ini media massa dan media social di Malaysia heboh bercerita tentang seorang motivator terkenal yang telah dinafikan sebagai penerima ijazah doctor falsafah (PhD.) dari beberapa university di Malaysia. Bermula dengan Universiti Malaysa (UM) yang menegaskan bahawa tidak pernah menganugerahkan PhD. kepada indidvidu terbabit. Selang beberapa hari kemudian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan IUKL juga membuat kenyataan yang sama terhadap motivator terkenal tersebut.
Monday, August 29, 2016
Merdeka
Keghairahan menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara sepatutnya disertai dengan semangat dan azam yang membara untuk memerdekakan diri sendiri terlebih dahulu. Adalah lebih manis dan bermakna jika sambutan tersebut kita mampu raikan dengan kesungguhan kita untuk meningkatkan nilai diri, keluarga, komuniti dan Negara keseluruhannya melalui keilmuan dan kemahiran yang menyumbang kepada pembangunan Negara.
Kita tidak perlu menjadi sehebat negarawan yang berusaha memerdekakan Negara, cukup jika kita mampu memilih nilai positif yang ada pada diri kita untuk disumbangkan kepada keharmonian Negara. Mematuhi peraturan juga salah satu cara untuk kita meraikan sambutan tersebut dengan tidak menyusahkan orang lain.
Kita tidak perlu menjadi sehebat negarawan yang berusaha memerdekakan Negara, cukup jika kita mampu memilih nilai positif yang ada pada diri kita untuk disumbangkan kepada keharmonian Negara. Mematuhi peraturan juga salah satu cara untuk kita meraikan sambutan tersebut dengan tidak menyusahkan orang lain.
Saturday, October 17, 2015
azamrahman: Sektor Pekerjaan Yang 'Tidak Selamat' di Malaysia
azamrahman: Sektor Pekerjaan Yang 'Tidak Selamat' di Malaysia: Majalah Ekonomi The Edge Weekly melaporkan bahawa terdapat beberapa sector pekerjaan di Malaysia yang dilihat 'tidak selamat' kepad...
Sektor Pekerjaan Yang 'Tidak Selamat' di Malaysia
Majalah Ekonomi The Edge Weekly melaporkan bahawa terdapat beberapa sector pekerjaan di Malaysia yang dilihat 'tidak selamat' kepada pekerja. Tidak selamat bermakna pekerja sector tersebut tidak diberi jaminan mereka akan kekal lebih lama sebagai pekerja. Dengan lain perkataan kerjaya mereka akan terhenti berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
Sunday, October 11, 2015
Jaga Diri Jaga Kesihatan Jaga Emosi
Rasa sihat secara fizikal dan mental memerlukan sedikit usaha yang berterusan. Istiqamah. Konsisten. Untuk mencapai matlamat hidup yang digariskan memerlukan fizikal dan mental yang sihat. Ramai daripada kita lebih mementingkan penjagaan kesihatan fizikal berbanding kesihatan mental. Hingga akhirnya fizikal kita nampak sihat namun mempunyai peribadi yang tidak sihat kesan daripada mental yang 'berpenyakit'.
Saturday, July 18, 2015
Perpaduan Kaum Rapuh?
Minggu terakhir umat Islam berpuasa tempoh hari Negara kita telah dikejutkan dengan berita kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, iaitu pusat membeli belah yang terkenal di ibu kota yang menjadi tempat tumpuan penggemar gajet serta peralatan elektronik dan komputer. Bagi yang biasa ke sana akan faham tentang situasi serta ragam penjual dan pembeli berkomunikasi semasa berurus niaga. Bagi yang tidak biasa atau pertama kali ke sana akan terkejut dengan layanan yang 'mesra' daripada peniaga dalam proses memikat pelanggan. Hubungan mesra ini boleh menimbulkan ketidak selesaan dalam kalangan pelanggan yang tidak biasa.
Peristiwa kekecohan yang berlaku baru-baru ini telah digambarkan sebagai pergaduhan kaum. Terdapat aksi yang tidak sepatutnya telah berlaku dengan kecederaan yang melampau melebihi tengking menengking hingga ada yang berdarah. Perkara tersebut merebak hingga kepada perhimpunan daripada satu pihak di hadapan pusat membeli belah tersebut.
Ini satu contoh peristiwa terbaru yang berlaku di Malaysia. Ramai pihak telah memberi pendapat dan komen masing-masing berkaitan peristiwa tersebut. Hingga ada yang mengklasifikasikan peristiwa tersebut sebagai kesan daripada masalah perpaduan kaum. Apa yang cuba diketengahkan adalah isu perkauman. Benarkah perpaduan kaum semakin rapuh di Malaysia?
Di Malaysia, apa sahaja isu yang berlaku akan cuba dikaitkan dengan keadaan politik Negara yang berpusat kepada individu dan juga parti politik. Ini adalah masalah yang lebih besar daripada isu perkauman yang cuba diketengahkan. Masyarakat Malaysia lebih gemar berbincang semua isu yang berlaku dan ditudingkan jari untuk mencari kesalahan bagi satu pihak. Hal ini termasuk juga dalam isu berkait perkauman. Ramai pihak yang telah menuduh dan membuat kesimpulan tentang rapuhnya hubungan perkauman di Malaysia berdasarkan wujudnya parti politik yang berasaskan kaum di Malaysia. Keadaan sebegini dijadikan kambing hitam sebagai penyebab timbulnya rasa perkauman antara ahli masyarakat.
Hakikatnya di peringkat rakyat biasa, hubungan antara kaum telah berlangsung secara selesa dan mesra antara satu sama lain. Kemesraan yang wujud atas dasar kejiranan, semangat setia kawan dan rasa kekeluargaan antara ahli masyarakat telah lama wujud secara tersusun pada peringkat rakyat biasa. Pelbagai aktiviti pada peringkat komuniti telah berjaya mengeratkan ahli masyarakat untuk sama-sama berusaha membangunkan ekonomi di kawasan mereka.
Isu perkauman ataupun masalah perpaduan kaum yang rapuh amat berkait dengan keadaan sosio-ekonomi. Banyak kes yang cuba disebut sebagai masalah perpaduan kaum yang berlaku di Malaysia sebenarnya adalah masalah perpaduan dari aspek sosio-ekonomi. Hal ini termasuk juga dalam kes 13 Mei 1969 yang dihebohkan sebagai pergaduhan kaum yang berpunca daripada perpaduan kaum yang rapuh. Namun hakikatnya peristiwa tersebut adalah masalah pertembungan antara golongan miskin dan golongan kaya. Iaitu kesan daripada jurang ekonomi yang besar yang mewujudkan orang kaya yang semakin kaya dan orang miskin papa kedana. Cuma secara kebetulannya golongan miskin tersebut terdiri daripada majoriti satu kaum manakala yang kaya juga majoritinya satu kaum.
Dalam keadaan Negara berhasrat mencapai apa yang ditetapkan dalam wawasan 2020 iaitu untuk menjadi sebuah Negara maju yang bersatu padu kita tidak sepatutnya masih berfikiran seperti pada zaman sebelum merdeka atau pada zaman sebelum wujudnya kerajaan awal di Tanah Melayu. Pandangan sinis daripada kajian yang cetek berkaitan pelbagai isu yang cuba dikaitkan sebagai masalah perkauman perlu diketepikan. Perkara ini perlu hadir daripada peringkat pemimpin atasan dan diperturunkan kepada rakyat biasa. Sebagai pemimpin tidak sepatutnya mudah melatah untuk memberi komen apa sahaja isu yang melibatkan rakyat cuba dikaitkan sebagai masalah perpaduan kaum. Sebagai pemimpin juga tidak sepatutnya menjadi seolah-olah batu api antara kaum hanya kerana berhasrat meraih sokongan daripada kaum yang diperjuangkan. Walaupun pada hakikatnya perkara tersebut jauh terpesong.
Pelbagai pihak telah berusaha dengan banyak cara melalui dasar oleh pemerintah, kempen oleh pihak bukan kerajaan dan amalan oleh rakyat biasa berkaitan isu perpaduan ini tidak harus diruntuhkan hanya untuk meraih populariti daripada satu pihak sahaja. Realiti perpaduan kaum di Malaysia telah berada pada tahap yang baik sejak daripada merdeka hingga kini. Cuma apa yang perlu diperkuatkan adalah pemupukan dari semasa ke semasa serta penerapan nilai perpaduan agar lebih kukuh dan bertolak ansur.
Sunday, March 8, 2015
"Apakah Cita-cita anda?"- Soalan yang masih relevan kepada remaja
‘Apakah cita-cita anda?’ Ramai dalam kalangan
mahasiswa tidak mampu menjawab dengan baik soalan di atas. Bagi mereka ini
adalah satu soalan yang hanya layak ditanya kepada pelajar sekolah rendah.
Kebanyakan mahasiswa merasakan tidak penting untuk mereka menjawab soalan
tersebut.
Pertama kali semasa di kelas guru akan bertanya
cita-cita kita. Dengan bangganya kita akan menjawab; apabila besar nanti saya bercita-cita
menjadi seorang doktor, guru, polis, bomba dan pelbagai lagi kerjaya yang dekat
dengan fikiran kita. Iaitu kerjaya yang biasa kita lihat, sama ada ia adalah
kerjaya ibu bapa kita, saudara-mara kita ataupun jiran tetangga kita.
Namun apabila kita melangkah ke sekolah menengah, kita
mula beranggapan bahawa soalan ini kurang penting untuk dijawab secara langsung
dengan apa-apa sahaja kerjaya seperti jawapan yang diberikan semasa di bangku
sekolah rendah. Perkara ini berulang
kembali sebaik kita berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi, sama ada ke kolej mahupun ke universiti. Mahasiswa di institusi pengajian
tinggi kebanyakkannya akan ketawa sebaik sahaja soalan, ‘apakah cita-cita
anda?’ dikemukakan oleh pensyarah. Jika perlu juga menjawab soalan berkaitan
cita-cita ini mahasiswa akan memberi jawapan yang umum seperti, ‘saya
bercita-cita menjadi seorang yang berjaya’. Ada juga menjawab sebegini; ‘saya
akan berusaha menjadi seorang yang boleh dibanggakan oleh keluarga’. Jawapan
yang umum sebegini tidak akan memberi impak yang besar terhadap kerjaya
seseorang pada masa hadapan.
Mengapa penting kita menjawab soalan; ‘apakah
cita-cita anda?’ sebaik dan seikhlas hati? Jawapan perlu diberi secara tersusun
dan tepat sebaik sahaja ditanya oleh seseorang. Ini kerana jawapan tersebut
akan menjadi panduan sebenar ke mana arah tujuan seseorang selepas itu.
Cita-cita merujuk kepada harapan, perancangan,
keinginan seseorang berdasarkan kemampuan yang realistik untuk kehidupan pada
masa akan datang. Tempoh masa ini boleh sahaja jangka pendek selama lima tahun
akan datang ataupun sepuluh tahun yang mendatang. Cita-cita sering dikaitkan
dengan tempoh masa yang sesuai untuk kehidupan yang sebenar. Iaitu sebuah
kehidupan yang berkaitan dengan kerjaya, keluarga dan masyarakat. Cita-cita
seseorang akan melibatkan peluang kerjaya, pembinaan keluarga dan hubungan
seseorang itu sebagai ahli masyarakat. Dengan kata lain, cita-cita adalah
kehidupan seseorang selepas melalui satu tempoh ujian dan transisi seperti di
alam persekolahan dan pengajian tinggi ke alam masyarakat.
Penentuan sebuah kehidupan selepas melalui tempoh
transisi dari alam persekolahan secara formal kepada kehidupan yang melibatkan
sistem keluarga, sistem ekonomi, sistem sosial dan politik serta sosio-budaya
memerlukan perancangan yang terbaik. Perkara ini akan menentukan kejayaan
seseorang sepanjang kehidupannya yang akan diwarisi oleh keturunannya dari satu
generasi ke satu generasi akan datang. Penentuan kejayaan ini adalah
perancangan yang dimotivasikan oleh pembentukan cita-cita semasa tempoh usia
remaja.
p/s: teks penuh boleh dibaca dalam majalah Dewan Siswa keluaran Mac 2015 - terbitan Dewan Bahasa & Pustaka
Subscribe to:
Posts (Atom)