Menurut Prof Shamsul Amri Baharuddin (1990), melalui artikel beliau bertajuk 'Perpaduan Nasional di Malaysia: Satu Pemikiran Semula, telah membahagikan masyarakat Malaysia kepada beberapa kumpulan. Menurut beliau, apabila berbincang berkaitan perpaduan perkara utama yang perlu dilihat adalah keadaan masyarakat di Malaysia secara realitinya.
Selain daripada pecahan kumpulan berdasarkan kedudukan geografi seperti semenanjung Malaysia dan Borneo, Sabah dan Sarawak, masyarakat Malaysia juga boleh dipisahkan oleh keadaan sosioekonomi yang terdapat di Malaysia. Pecahan sosioekonomi ini merupakan faktor utama yang boleh menggugat kestabilan kaum di Malaysia. Pecahan ini disebut sebagai sektor moden dan sektor tradisi. Dua sektor ini mewakili kaum-kaum tertentu dalam masyarakat. Yang berpotensi menjadi jurang perkauman yang besar antara kaum jika tidak diurus dengan baik.
Keadaan perpaduan di Malaysia pada tempoh awal kemerdekaan dan pasca tragedi 13mei dapat dikupas melalui dokumen Rancangan Malaysia ke -2. Dasar jangka panjang kerajaan tersebut adalah satu-satunya dokumen yang boleh dijadikan rujukan bagi menilai keadaan perpaduan di Malaysia.
Dasar penting yang terkandung dalam RM2 tersebut adalah Dasar Ekonomi Baru. DEB yang bermatlamat untuk untuk menstrukturkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Keadaan masyarakat yang bagaimanakah yang ingon distrukturkan melalui dasar ini? Jawapannya adalah realiti sebenar keadaan perpaduan pada ketika itu.
Masalah utama dalam proses perpaduan adalah faktor ekonomi. Jurang ekonomi yang besar antara kaum akan berpotensi untuk meruntuhkan perpaduan. Oleh yang demikian tumpuan khusus kerajaan melalaui DEB untuk menstrukturkan masyarakat dan membasmi kemiskinan adalah satu cara yang tepat. Dasar ini berusaha untuk mengurangkan jurang yang wujud antara sektor moden dan sektor tradisi yang berlaku dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment